Latest News RSS

Tawaran Kursus & Penajaan

Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan For Postgraduate Studyin Republic of Trinidad and Tobago 2009

Kursus: Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan For Postgraduate Studyin Republic of Trinidad and Tobago 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 21 Mei 2008
Tajaan: Government of the Republic of Trinidad and Tobago
Rujukan:
Kategori: Semua Warganegara Malaysia
Syarat-syarat :
  • Calon-calon daripada pegawai kerajaan perlu memenuhi syarat
    kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Trinidada dan Tobago dan juga
    memenuhi syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut
    :

    • Pegawai kumpulan Pengurusan dan Professional
    • Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
    • Berumur tidak melebihi 45 tahun (Sarjana) dan 43 tahun (Ph.D) pada 1 September 2008;
    • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2005,2006 dan 2007);
    • Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
    • Telah mengisytiharkan harta;
    • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
    • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan BilanganTahun 2005 (jika berkenaan)
    • Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap satu tahun tamat kursus jangka pendek berkenaan. Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka panjang di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasigenap dua tahun tamat kursus jangka panjang berkenaan;

    • Pegawai kerajaan perlu mengisi dokumen-dokumen di bawah:
  • Calon-calon yang bukan pegawai kerajaan perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Republik Trinidad dan Tobago. Klik di bawah untuk Borang Permohonan:

Tempat : Universiti West Indies (St.Augustine Campus)
Bidang : Science and Agriculture, Social Science, Engineering, Humanities and Education, International Relations & Business
Tempoh : 1-4 tahun
Borang Permohonan : Semua Borang Permohonan (bagi Pegawai Kerajaan dan Bukan Pegawai Kerajaan) yang telah lengkap perlu dihantar kepada :-

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan(Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)
Aras 5, Blok C1, Parcel C
62510 Putrajaya

Pegawai Bertanggungjawab: Cik Putri Irhanan Binti Sapeli
e-mail : putri.irhanan@jpa.gov.my
Tel : 03-8885 3414

This article was posted on Tuesday, April 22nd, 2008 at 10:24 am and is filed under Courses Offered & Sponsorship. You can follow any responses to this article through the RSS 2.0 feed.

Readers who viewed this page, also viewed:

  • N/A

Comments are closed.