Maklumat Terkini RSS

Maklum Balas JPA: “Waktu Minum Penjawat Awam Diatur”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel bertajuk “Waktu minum penjawat awam diatur” yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 15 Mei 2008.

Untuk makluman, terdapat kesilapan mengenai waktu rehat penjawat awam dalam artikel tersebut. Waktu rehat bagi kakitangan awam pada hari Isnin hingga Khamis adalah dari jam 1:00 tengah hari hingga 2:00 petang manakala pada hari Jumaat adalah dari jam 12:15 tengah hari hingga 2:45 petang. Peraturan ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 (Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu).

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam
15 Mei 2008

Artikel ini dikirim pada hari Rabu, Mei 21st, 2008, 11:58 am dan difailkan di bawah Siaran Akhbar. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.

Pembaca lain turut melihat artikel berikut:

  • N/A

Maklum balas ditutup.