Latest News RSS

Fullbright Scholarship 2009/2010 and Hubert H.Humprey Fellowship Program

Tarikh Tutup Fulbright Professional Exchange Program – 25 Julai 2008
Hubert. H. Humprey Fellowship Program – 25 Julai 2008
Tajaan Malaysian – Exchange Commission On Educational Exchange (MACEE)
Rujukan
Kategori Kakitangan Kerajaan
Syarat-syarat
  • Calon-calon daripada pegawai kerajaan perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak MACEE dan juga memenuhi syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:
    • Pegawai kumpulan Pengurusan dan Professional
    • Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
    • Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi permohonan Hubert. H.Humprey Fellowship Program dan tidak melebihi 50 tahun untuk permohonan Fulbright Professional Exchange Program;
    • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan purata minimum 85%  bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut  ;
    • Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
    • Telah mengisytiharkan harta;
    • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
    • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan):

    Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap satu tahun tamatkursus jangka pendek berkenaan. Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka panjang di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap dua tahun tamat kursus jangka panjang berkenaan;

  • Dokumen Permohonan
Tempat Amerika Syarikat
Tempoh Mengikut kursus yang ditawarkan
Penajaan Jabatan ini hanya akan menaja tiket kapalterbang pergi dan balik sekiranya pihak MACEE tidak membiayainya. Lain-lain kemudahan dan elaun bergantung kepada pihak penaja.
Dokumen Permohonan Pencalonan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

Pegawai Bertanggungjawab Puan Asfadilanor Bt Mohd Noor
e-mail : asfadila.noor@jpa.gov.my
Tel : 03-8885 3468
Fax : -

This article was posted on Tuesday, June 3rd, 2008 at 3:06 pm and is filed under Courses Offered & Sponsorship. You can follow any responses to this article through the RSS 2.0 feed.

Readers who viewed this page, also viewed:

  • N/A

Comments are closed.