Maklumbalas JPA: “OKU Kini Boleh Daftar Dengan JPA”
Maklumbalas JPA Kepada Laporan Akhbar Utusan Malaysia Bertajuk “OKU Kini Boleh Daftar Dengan JPA” Bertarikh 28 Jun 2008
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada laporan bertajuk “OKU kini boleh daftar dengan JPA” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 28 Jun 2008 (Sabtu).
Untuk makluman, JPA tidak terlibat dalam urusan pelantikan kakitangan awam. Pelantikan ke dalam sesuatu skim perkhidmatan dibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) tertentu seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Dalam kes Orang Kurang Upaya (OKU) yang berminat menyertai perkhidmatan awam, mereka perlu memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik dan mematuhi kaedah yang ditetapkan. Selain itu, OKU juga hendaklah menghantar Borang Maklumat Pencari Kerja kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan jabatan berkenaan merekodkan maklumat seperti kelayakan yang dimiliki, kecacatan dan bidang pekerjaan yang diminati OKU berkenaan. Maklumat ini akan disalurkan oleh JKM kepada PBM bagi membantu urusan permohonan pekerjaan oleh OKU.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam
2 Julai 2008
Pembaca lain turut melihat artikel berikut:
- N/A






