Siaran Akhbar: Kemudahan Cuti Khas Menunaikan Haji Bagi Penjawat Awam
Kemudahan Cuti Khas Menunaikan Haji Bagi Penjawat Awam
Mutakhir ini terdapat cadangan supaya pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam diberi kemudahan cuti khas untuk mengerjakan fardhu haji.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin menjelaskan bahawa peraturan berkaitan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang ingin mengerjakan ibadah haji telah lama wujud dan masih berkuat kuasa.
Perintah Am 34 Bab ”C” dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984 telah memperuntukkan kemudahan Cuti Haji iaitu cuti bergaji penuh kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang mengerjakan fardhu haji. Tempoh cuti tersebut ialah selama 40 hari dan diberi sekali sepanjang perkhidmatan.
Berdasarkan penjelasan tersebut, didapati isu cuti khas sempena mengerjakan fardhu haji adalah tidak berbangkit.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
14 Julai 2008
Pembaca lain turut melihat artikel berikut:
- N/A






