Young Leaders’ Program Sesi 2009
| Tarikh Tutup |
15 September 2008 |
| Bidang Ditawarkan |
- School of Government - Sarjana Pentadbiran Awam dan Sarjana Dasar Awam
- Medical Administration - Sarjana Pentadbiran Perubatan
- Law - Sarjana Undang-Undang
- School of Local Government - Sarjana Pengajian Polisi Awam, Pentadbiran Awam dan sebarang kursus yang berkaitan
|
| Tajaan |
Monbukagakusho:MEXT |
| Rujukan |
|
| Kategori |
Pegawai dari kalangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional |
| Syarat-syarat |
- Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut:
- Telah disahkan dalam jawatan;
- Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
- Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2004, 2005 & 2006 / 2005,2006 & 2007);
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
- Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
- Mempunyai ijazah pertama dalam bidang berkaitan;
- Mestilah berumur kurang daripada 40 tahun pada 1 Oktober 2009;
- Fasih dalam Bahasa Inggeris (bukti kelayakan seperti TOEFL dengan skor minimum 550 atau TOEFL-CBT dengan skor minimum 213); dan
- Syarat-syarat lain seperti yang telah ditetapkan di dalam ‘Outline Young Leaders’ Program’.
|
| Tempat |
Universiti-universiti di Jepun |
| Tempoh |
1 tahun (Oktober 2009 hingga September 2010) |
| Dokumen Permohonan |
|
| Pegawai Bertanggungjawab |
Cik Siti Haslina binti Hashim
e-mail : sitihaslina@jpa.gov.my
Tel : 03-8885 3432/36
Fax : 03-8889 2172
*Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia ke alamat berikut:-
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Unit Dasar Pandang ke Timur
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u.p.: Cik Siti Haslina binti Hashim) |
This article was posted on Friday, July 18th, 2008 at 6:51 pm and is filed under Courses Offered & Sponsorship. You can follow any responses to this article through the RSS 2.0 feed.
Readers who viewed this page, also viewed: