Latest News RSS

Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2008/2009

Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2008/2009 – Pencalonan Bagi Mengikuti Kursus Peringkat Diploma Lepasan Ijazah/Sarjana/Ph.D Secara Sambilan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

Tarikh Tutup 15 Oktober 2008
Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Rujukan Surat Edaran
Kategori Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Syarat-syarat
  • Terbuka kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional:

    *Pelawaan pencalonan ini tidak meliputi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama di bawah Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah mempunyai peruntukan sendiri untuk mengendalikan kursus lepasan ijazah seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi/Badan Berkanun yang telah diswastakan/ dikorporatkan/ diasingkan sistem saraannya;

  • Telah disahkan dalam jawatan;
  • Berumur tidak melebihi 50 tahun bagi peringkat Diploma Lepasan Ijazah, 50 tahun bagi peringkat Sarjana dan 46 tahun bagi peringkat Ph.D;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata markah 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun perkhidmatan (penilaian setahun LNPT genap 12 bulan) berturut-turut (2005,2006 dan 2007)
  • Telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian peringkat secara separuh masa/sambilan/jarak jauh di IPTA, MMU, UTP atau UNITEN;
  • Mendaftar untuk tahun pertama sesi 2008/2009;
  • Kursus yang diikuti berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan untuk kepentingan perkhidmatan;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penganjur lain;
  • Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta; dan
  • Tidak tersenarai sebagai peminjam tegar JPA.
Tempat IPTA, MMU, UTP & UNITEN
Tempoh penajaan
  • Diploma Lepasan Ijazah (2 tahun)
  • Sarjana (3 tahun)
  • Ph.D (5 tahun)
Jenis penajaan
  • Yuran Pengajian
  • Elaun Buku
  • Elaun Tesis
Dokumen Permohonan
Pegawai Bertanggungjawab Puan Asfadilanor Bt Mohd Noor
Tel : 03-88853468

Encik Mohammad Khidir Bin Razali
Tel : 03-88853418

Fax No : 03-88892171
Email : ldp@jpa.gov.my

This article was posted on Monday, July 28th, 2008 at 9:43 am and is filed under Courses Offered & Sponsorship. You can follow any responses to this article through the RSS 2.0 feed.

Readers who viewed this page, also viewed:

  • N/A

Comments are closed.