Maklumat Terkini RSS

Siaran Akhbar: Pembayaran Awal Pencen

Pembayaran Awal Pencen Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Oktober 2008

Memandangkan Perayaan Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada 1 Oktober 2008, Kerajaan memutuskan bahawa para pesara yang mana waran pencen mereka bertarikh 20 September 2008 hingga 30 September 2008 boleh menunaikan waran pencen mereka mulai 19 September 2008.

Sehubungan dengan itu juga, para pesara yang dibayar melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank pada 21 September 2008 boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terlibat mulai dari 19 September 2008.

Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun memaklumkan keputusan Kerajaan dan arahan bayaran awal kepada semua pihak/bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran awal sila hubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-8885 4906/4475/4476/4477/4478.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya

17 September 2008

Muat Turun

Artikel ini dikirim pada hari Khamis, September 18th, 2008, 8:22 am dan difailkan di bawah Siaran Akhbar. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.

Available Language

Pembaca lain turut melihat artikel berikut:

  • N/A

Maklum balas ditutup.