Latest News RSS

Program Diploma Sains Pengurusan / Sarjana Sains Pengurusan Sesi Pengajian 2009/2010

Tarikh Tutup 9 Februari 2009
Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Rujukan Surat Edaran
Kategori Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Penolong Pegawai Tadbir N32 (Gunasama)
Syarat-syarat
  • Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:-
    • Telah disahkan dalam jawatan sekarang pada tarikh tutup permohonan;
    • Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh kursus bermula;
    • Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memiliki Ijazah Pertama atau setaraf dengannya hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 4 tahun pada tarikh tutup permohonan;
    • Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional tanpa ijazah yang dilantik ke jawatan tersebut secara KPSL, Perkhidmatan Bersepadu, Polis dan seumpamanya hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 5 tahun pada tarikh tutup permohonan;
    • Pegawai-pegawai Tentera tanpa ijazah hendaklah sekurang-kurangnya berpangkat Kapten atau yang setaraf dengannya dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 5 tahun dalam jawatan tersebut pada tarikh tutup permohonan;
    • Penolong-Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 (Gunasama) hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 4 tahun dalam gred tersebut pada tarikh tutup permohonan;
    • Mencapai kepujian dalam matapelajaran Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
    • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A (purata 85 markah ke atas) bagi tempoh 3 tahun terkini berturut-turut ( 2005, 2006 dan 2007);
    • Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah; dan
    • Telah mengisytiharkan harta.
Tempat INTAN Bukit Kiara / Universiti Utara Malaysia
Tempoh 9 Bulan
Dokumen Permohonan
Pegawai Bertanggungjawab Encik Mohd Faisal Bin Anuar
e-mail : faisal.anuar@jpa.gov.my
Tel : 03-88853433

This article was posted on Tuesday, December 23rd, 2008 at 3:19 pm and is filed under Sponsor & Training. You can follow any responses to this article through the RSS 2.0 feed.

Readers who viewed this page, also viewed:

  • N/A

Comments are closed.