Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2009/2010
Permohonan HLP Separa Biasiswa Untuk Pegawai Pengurusan & Professional Telah Dibuka Mulai 17 Ogos 2009 Hingga 02 Oktober 2009
| Kursus : |
Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2009/2010 |
Tarikh Tutup
Pencalonan : |
Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan adalah pada 2 Oktober 2009.
Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari selepas tarikh tutup permohonan. Keputusan permohonan akan diumumkan pada 2 November 2009. |
| Tajaan : |
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia |
| Rujukan : |
Surat Edaran |
| Kategori |
Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional |
| Syarat-syarat |
- Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
- Berumur tidak lebih daripada 50 tahun bagi peringkat Diploma Lepasan Ijazah dan Sarjana dan 46 tahun bagi peringkat Ph.D pada tarikh tutup permohonan;
- Mencapai markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (purata 85 markah ke atas) bagi tempoh genap 3 tahun perkhidmatan terkini (penilaian setahun LNPT genap 12 bulan) berturut-turut (2005, 2006 & 2007 atau 2006, 2007 & 2008);
- Telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian secara separuh masa / sambilan / jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Multimedia University (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN);
- Mendaftar untuk semester kedua (II) sesi 2008/2009 atau semester pertama (I) sesi 2009/2010;
- Kursus yang diikuti berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan untuk kepentingan perkhidmatan;
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain;
- Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
- Tidak tersenarai sebagai peminjam tegar JPA; dan
- Telah mengisytiharkan harta.
|
| Tatacara Permohonan: |
Tanggungjawab pegawai
Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi Borang JPA(L) LDP 1B/96 seperti di LAMPIRAN A.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:
- Salinan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana;
- Salinan Transkrip Ijazah Sarjana Muda / Sarjana;
- Salinan surat tawaran universiti;
- Slip pendaftaran / surat pengesahan pendaftaran kemasukan universiti;
- Salinan senarai tugas; dan
- Borang JPA (L) LDP 1A/96 seperti di LAMPIRAN B.
Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau yang lebih tinggi.
Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan. |
| Dokumen Permohonan |
- Borang JPA(L)LDP 1A/96;
- Borang JPA(L) LDP 1B/96;
|
| Pegawai Bertanggungjawab |
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan sebelum dihantar kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p. Encik Mohd Faisal bin Anuar)
Semua pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini hendaklah dirujuk kepada:
Encik Mohd Faisal Bin Anuar
Tel : 03-88853433
Faks : 03-88892171
E-mel : faisal.anuar@jpa.gov.my
Encik Muhammad Khairil Ridzwan bin Ahmad
Tel : 03-88853371
Faks : 03-88892171
E-mel : ridzwan.ahmad@jpa.gov.my |
This article was posted on Monday, August 17th, 2009 at 6:06 pm and is filed under Courses Offered & Sponsorship. You can follow any responses to this article through the RSS 2.0 feed.
Readers who viewed this page, also viewed: