Menyusuri Jejak 75 Tahun

SEJARAH

Sejarah Jabatan Perkhidmatan Awam bermula pada 22 Ogos 1934 di mana sebuah institusi dikenali sebagai Pejabat Perjawatan Malaya atau Malayan Establishment Office telah ditubuhkan dengan perkenan Raja-raja Melayu. Institusi ini bertanggungjawab terhadap pengendalian segala hal perkhidmatan perjawatan pegawai guna sama ekspatriat yang bertugas di Tanah Melayu, Singapura dan Brunei.  Pejabat Malayan Establishment Office asalnya berpusat di Singapura telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada 1954 berikutan penubuhan Malayan Union.

(cadang 1: Gambar front page perjanjian MOE-ada dalam format PDF)

(cadang2: gambar penjawat awam dulu2 bersama tuan British)

Fungsi pentadbiran ini semakin berkembang yang menyaksikan lebih ramai kakitangan tempatan diambil berkhidmat.  Walau bagaimanapun, pengurusan personel yang turut dijalankan oleh jabatan-jabatan secara individu telah menimbulkan masalah pertindihan tugas.  Bagi mengatasi masalah ini, satu institusi baru telah ditubuhkan pada 1 Julai 1954 yang dikenali sebagai Pejabat Perjawatan Persekutuan yang merupakan gabungan tiga buah pejabat iaitu Pejabat Perjawatan Malaya, Cawangan Perkhidmatan  Perjawatan di Pejabat Ketua Setiausaha dan Bahagian Perjawatan Di Perbendaharaan Persekutuan. Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia.  Nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968.

(cadang: masukkan gamba bangunan asal INTAN)

Antara Bahagian yang paling awal ditubuhkan di JPA adalah Bahagian Pembangunan Organisasi, Bahagian Perkhidmatan dan Bahagian Khidmat Pengurusan. Walaupun pada tarikh diwujudkan, Bahagian-bahagian tersebut beroperasi di atas pelbagai nama lain, namun peranan Bahagian-bahagian tersebut masih relevan dan diperlukan.

Bahagian Pembangunan Organisasi

Sejarah penubuhan Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) atau nama asalnya Bahagian Perjawatan bermula seiring dengan penubuhan Malayan Establishment Office atau Pejabat Perjawatan Malaya pada 22 Ogos 1934.

Objektif penubuhan Bahagian Perjawatan ialah memastikan perkhidmatan awam diperuntukkan skim perkhidmatan yang relevan dari segi syarat lantikan dan syarat-syarat perkhidmatan yang lain dalam menarik dan mengekalkan pegawai di samping menyediakan struktur organisasi yang mantap bagi membolehkan kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan melaksanakan objektif penubuhan dengan cekap dan berkesan.

Bahagian Pembangunan Organisasi

Sejak awal penubuhan Pejabat Perjawatan Malaya sehingga tertubuhnya JPA, fungsi utama yang dimainkan oleh Bahagian Perjawatan adalah berkaitan dengan hal-hal perjawatan dan saraan penjawat awam. Pada tahun 1968, Bahagian Perjawatan diwujudkan dan pada tahun 1982, fungsi bahagian ini telah dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Anggaran, Skim Perkhidmatan dan Penyatuan Perkhidmatan.

Pada 1993, Bahagian Perjawatan telah ditukar nama kepada Bahagian Pembangunan Organisasi bagi menggambarkan dimensi baru kepada peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan.  Pada ketika itu, Bahagian ini dibahagikan kepada dua cawangan iaitu Perjawatan (cantuman antara Cawangan Anggaran dan Cawangan Skim Perkhidmatan) serta Perancangan Tenaga Manusia (cawangan baru). Pada waktu yang sama, sektor awam negara melalui transformasi sistem saraan dari Laporan Gaji Jawatankuasa Khas Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Baru.

BPO

Cawangan Perjawatan sekali lagi mengalami proses penyusunan semula pada tahun 1998 apabila ianya dibahagikan kepada Cawangan Perjawatan dan Cawangan Skim Perkhidmatan. Cawangan Perancangan Tenaga Manusia pula dikecilkan skopnya menjadi Unit Penyelarasan Kajian Perancangan Tenaga Manusia (UPKPTM). Seterusnya pada tahun 2000, UPKPTM telah dipindahkan dari Bahagian Pmbangunan Organisasi ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Selepas tiga tahun, Unit Perancangan dan Pembangunan Perjawatan ditubuhkan untuk memperkukuhkan fungsi Bahagian Pembangunan Organisasi.

Selaras dengan penjenamaan semula Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Jun 2008, Bahagian Pembangunan Organisasi turut mengalami proses rebranding yang melibatkan penyusunan semula struktur organsasi dan pengukuhan perjawatannya. Bahagian Pembangunan Organisasi telah dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Cawangan Skim Perkhidmatan, Cawangan Perjawatan, dan Cawangan Dasar Perjawatan (cawangan baru).

Bahagian Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan

Asalnya dikenali sebagai Cawangan Perkhidmatan, sejarah awal Bahagian Perkhidmatan juga bermula seawal tahun 1934 di bawah Chief Secretary Office (Pejabat Ketua Setiausaha). Berikutan penyusunan semula Pejabat Perjawatan Malaysia atau Establishment Office of Malaysia (pada 1967) dan pertukaran nama kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (pada 1968), Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan.

Di awal penubuhannya, Bahagian Perkhidmatan berfungsi sebagai .........

Pada Januari 1993, Bahagian Perkhidmatan telah mengalami penyusunan semula dan menyaksikan pertambahan fungsi Bahagian iaitu membangunkan kerjaya anggota Perkhidmatan Awam. Justeru, nama Bahagian berubah kepada Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan Kerjaya. Mesyuarat Penyelarasan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam II telah memutuskan nama Bahagian Perkhidmatan digunakan semula berkuat kuasa pada 1 September 1996.

Bahagian Perkhidmatan

Objektif utama Bahagian Perkhidmatan adalah untuk menentukan supaya Perkhidmatan Awam mempunyai anggota yang cemerlang melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan dan kerjaya yang strategik dan berkesan. Penetapan objektif ini adalah kunci untuk menzahirkan pembangunan sumber manusia yang cekap, mantap dan berkesan selaras dengan hasrat Kerajaan yang ditekankan dalam Teras Kelima pelaksanaan Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan.

Bahagian Perkhidmatan mengalami pelbagai bentuk perubahan ekoran daripada dinamika dalam Perkhidmatan Awam dan juga permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Pada kelazimannya, pelanggan mendapatkan khidmat nasihat yang berkait dengan pengurusan personel yang melibatkan aktiviti seperti urusan kenaikan pangkat, peperiksaan perkhidmatan, Penilaian Tahap Kecekapan, urusan tindakan tatatertib, penempatan dan pertukaran pegawai dan sebagainya.

Bahagian Pasca Perkhidmatan

Penubuhan satu seksyen khas bagi menguruskan segala perkara berkaitan pengurusan pencen  dan faedah-faedah yang berkaitan dicadangkan oleh ’Chawangan Analisa Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam’ dalam ’Laporan Ka-Atas Laporan Kajian Mengenai Sistem Pembayaran Penchen’. Sehubungan itu 9 Jun 1970, Seksyen Pencen, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Seksyen Pencen, Jabatan Audit Negara telah digabungkan bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan pencen.

Bahagian Pasca Perkhidmatan

Sebelum penubuhan Seksyen Pencen di JPA, undang-undang pencen negara ditadbir secara berasingan, antaranya Ordinan Pencen 1951 (Semenanjung Malaysia), Ordinan Pencen Sabah 1963 (Sabah) dan Ordinan Pencen Sarawak 1963 (Sarawak). Melalui Suruhanjaya Suffian 1967, peruntukan undang-undang pencen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan di bawah Ordinan Pencen 1951.

Berikutan penyusunan semula JPA pada …., Seksyen Pencen dikeluarkan dari Bahagian Perkhidmatan dan dikenali sebagai Bahagian Pencen. Seterusnya nama Bahagian Pencen ditukar kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan berikutan penstrukturan semula Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Jun 2008.

Objektif utama Bahagian Pencen adalah sebagai penasihat utama Kerajaan dalam urusan persaraan dan faedah-faedah persaraan. Bahagian ini juga bertanggung jawab dalam memastikan pembayaran faedah persaraan dibuat tepat, mengikut jadual masa yang ditetapkan kepada pihak yang layak menerimanya di bawah undang-undang pencen.

Bahagian Saraan

Bahagian Gaji dan Elaun telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1968. Nama Bahagian ini ditukar kepada Bahagian Saraan pada tahun 1993 dan ditukar semula kepada Bahagian Gaji dan Elaun pada 1 April 2002 berikutan kekeliruan di kalangan pelanggan di antara Bahagian Saraan yang menguruskan mengenai gaji, elaun, kemudahan serta hubungan majikan-pekerja dan Bahagian Pencen yang berurusan dengan pesara dalam Perkhidmatan Awam. Berikutan penstrukturan dan penjenamaan semula Jabatan Perkhdimatan Awam pada 1 Jun 2008, nama Bahagian Saraan kembali digunapakai. Penggunaan nama ini adalah sejajar dengan usaha Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memperkasakan konsep saraan yang menyeluruh meliputi gaji, elaun dan kemudahan yang dinikmati oleh setiap penjawat awam dan keluarganya.

Sebelum Bahagian ini ditubuhkan, segala urusan pentadbiran gaji dan elaun perkhidmatan awam dikendalikan oleh Bahagian Perjawatan dalam Pejabat Perjawatan Malaysia (Establisment Office Malaysia). Pada tahun 1967, Kerajaan telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Gaji yang dipengerusikan oleh Tun Suffian untuk menyemak dan menyusun semula gaji dan terma-terma perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan Laporan Suruhanjaya Gaji Suffian telah menimbulkan berbagai tuntutan anamoli berkaitan pentadbiran gaji dan elaun. Oleh yang demikian, Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan satu bahagian khusus bagi mengendalikan pentadbiran gaji dan elaun dalam sektor awam. Keputusan ini juga memberi pengikitirafan kepada kepentingan pengkhususan pengurusan saraan dalam perkhidmatan awam.

  • 1919 - Suruhanjaya Gaji Bucknil
  • 1920 - Subordinate Services Committee
  • 1947 - Suruhanjaya Gaji Trusted
  • 1949 - Laporan Gaji Cowgill
  • 1950 - Jawatankuasa Gaji Benham
  • 1956 - Suruhanjaya Gaji Bain (untuk Sabah, Sarawak dan Brunei)
  • 1962 - Suruhanjaya Gaji Watson (untuk Sabah, Sarawak)
  • 1967 - Suruhanjaya Gaji Di Raja Suffian
  • 1971 - Suruhanjaya Gaji Di Raja Aziz (untuk perkhidmatan Pelajaran)
  • 1972 - Suruhanjaya Gaji Di Raja Azmi (untuk perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman)
  • 1972 - Suruhanjaya Gaji Di Raja Sheikh Abdullah (untuk perkhidmatan Angkatan Tentera)
  • 1973 - Suruhanjaya Gaji Harun (untuk Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan)
  • 1975 - Suruhanjaya Gaji Di Raja Ibrahim Ali (tidak dilaksanakan oleh kerajaan)
  • 1976 - Laporan Jawatankuasa Kabinet (JKK)
  • 1992 - Sistem Saraan Baru (SSB)
  • 2002 - Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga unit di Bahagian ini iaitu :-

  • Unit I – mengendalikan urusan saraan kakitangan awam, tentera dan polis;
  • Unit II – mengendalikan urusan saraan kakitangan perguruan, badan berkanun, pegawai kontrak dan pegawai asing; dan
  • Majlis Whitley - menjalankan tugas sebagai kerja rundingan dan perhubungan antara majikan dengan pihak pekerja.

Fungsi utama Bahagian Saraan di awal penubuhannya adalah dihadkan kepada penggubalan, penyemakan dan penyeragaman dasar serta peraturan gaji, elaun dan kemudahan. Memandangkan saraan merupakan satu unsur dinamika dalam pengurusan sumber manusia, terdapat keperluan untuk mengubahsuai objektif dan peranan Bahagian Saraan agar selari dengan keperluan pasaran buruh semasa. Oleh yang demikian, objektif Bahagian ini telah mengalami beberapa perubahan contohnya pada sekitar tahun 1990, objektif Bahagian ini adalah seperti berikut:

Mewujudkan suatu dasar yang menyeluruh, adil serta saksama berhubung dengan saraan pekerja-pekerja sektor awam, bertujuan membina satu perkhidmatan awam yang cekap, bersih, produktif dan bermotivasi tinggi.

Berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) pada 1992, objektif utama Bahagian telah berubah (dan kekal sehingga kini) seperti berikut:

Memastikan sistem saraan yang dapat menarik, membangun dan mengekalkan anggota sektor awam serta menjamin hubungan majikan-pekerja yang harmonis.

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat

Penerbitan Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat

Di peringkat awal penubuhan, Bahagian ini beroperasi sebagai satu unit kecil di bawah Bahagian Pembangunan Organisasi dengan nama Unit Penyelarasan Kajian Perancangan Tenaga Manusia (UPKPTM). Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Jawatan Tertinggi Bil. 3/98 pada 20 April 1998 telah memutuskan Unit ini diperkemas dan diberi peranan yang lebih besar sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Berikutan penstrukturan semula JPA pada 1 Jun 2008, Bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat sejajar dengan pertambahan peranannya terutama dalam pengurusan korporat dan pembangunan dasar sumber manusia Sektor Awam.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah dipertanggung jawabkan untuk merancang secara strategik dasar-dasar pengurusan sumber manusia sektor awam supaya selaras dengan wawasan, misi dan objektif JPA. Program dan aktiviti Bahagian ini menjurus kepada perancangan dan pembangunan modal insan yang berprestasi tinggi melalui penyelidikan, kajian impak serta pencernaan idea-idea melalui usaha-usaha pengenalpastian dan kajian trend pengurusan sumber manusia semasa serta penanda aras (benchmarking) terhadap amalan-amalan terbaik yang terkini.

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat

Bahagian ini juga berperanan sebagai penyelaras strategik korporat JPA di peringkat domestik dan antarabangsa. Kelicinan pelaksanaan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam kepada pelanggan dan stakeholders adalah juga merupakan tanggung jawab utama Bahagian ini.

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat

Bahagian Pembangunan Modal Insan ditubuhkan pada 15 Ogos 1968 berikutan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan Jemaah menteri Kali ke-97. Pada masa itu, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya (BLKK). Pada 1969, Bahagian ini telah diiktiraf sebagai wakil tunggal Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam urusan Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

Pada awal penubuhannya, Bahagian ini beroperasi dengan kekuatan enam pegawai dan 12 pembantu yang diasingkan melalui empat cawangan iaitu Biasiswa, Perancangan dan Penyelidikan, Pergerakan Latihan dan Dewan Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia. Dana latihan yang diperuntukkan pada ketika itu ialah sebanyak RM2.8 juta sahaja.

Mulai 1996, Bahagian ini mula dikenali sebagai Bahagian Latihan dan berperanan sebagai peneraju penajaan kepada pelajar dan kakitangan perkhidmatan awam. Bahagian Latihan telah dimantapkan lagi melalui pewujudan unit-unit baru bagi memastikan objektif-objektifnya dapat dicapai.  Sementara itu, mulai 1 Jun 2008 Bahagian ini telah mengalami penstrukturan semula dan dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Modal Insan.

Institut Tadbiran Awam Negara

Institut Tadbiran Awam Negara atau lebih dikenali sebagai INTAN merupakan pusat kecemerlangan latihan sektor awam yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan pegawai-pegawai awam yang berkebolehan tinggi bagi memenuhi keperluan negara. INTAN bermula pada bulan September 1959, di Port Dickson sebagai sebuah pusat latihan kecil yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Latihan Pembangunan Sumber Manusia. Hasrat untuk menjadikan ia sebuah organisasi latihan sektor awam yang unggul dan ternama bertitik-tolak dengan penubuhan Dewan  Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan pada Jun 1972 di Jalan Elmu, Kuala Lumpur. Setersunya pada 1 September 1972, Dewan  Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan, Jalan Elmu dengan rasminya ditukar nama kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selaras dengan kepercayaan yang diberikan Kerajaan dalam memastikan aspek latihan kakitangan awam sentiasa dipertingkatkan.

Selaras dengan keutamaan negara yang memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan ketika itu, falsafah INTAN ialah “Latihan Untuk Pembangunan” iaitu melahirkan kakitangan awam yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif agar mereka dapat memainkan peranan berkesan bagi menjayakan agenda pembangunan nasional.

INTAN Kampus Sabah

Perkembangan pesat yang berlaku dalam pemodenan sektor awam dan kepentingan pembangunan modal insan sektor awam kemudiannya, telah menyaksikan perasmian  INTAN Kampus Utama yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada tahun 22 Oktober 1984. Di samping itu, usaha gigih INTAN untuk memberikan perkhidmatan kepada penjawat awam di seluruh Semenanjung, telah merealisasikan penubuhan tiga kampus cawangan INTAN iaitu Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah (Julai, 1983); Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu (Ogos 1983) dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor (April 1984). Sehubungan itu, INTAN di Jalan Elmu pula telah dimandatkan sebagai Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH) pada September 2001. Permintaan yang semakin bertambah terhadap program latihan INTAN telah mewujudkan keperluan untuk membuka dua lagi kampus cawangan di Malaysia Timur. INTAN Kampus Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1999 di Kuching, manakala INTAN Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001 di Kota Kinabalu.

Di awal penubuhannya, INTAN hanya mempunyai tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran Awam, Bahagian Pembelajaran (termasuk Pembangunan Pentadbiran, Pentadbiran Tanah, Pembangunan Komuniti, Pentadbiran Pengurusan, Pentadbiran Kewangan dan Pentadbiran Kakitangan) serta Bahagian Penyelidikan dan Konsultasi. Pada September 2006, INTAN telah memperkenalkan struktur organisasi baru selaras dengan perubahan dalam perkembangan latihan. Di bawah struktur organisasi ini, 12 program latihan telah ditubuhkan iaitu seperti berikut:

  • Program Kepimpinan;
  • Program Komunikasi dan Pembangunan Latihan;
  • Program Pembangunan Pengurusan;
  • Program Pengurusan Konsultasi dan Penyelidikan;
  • Program E-Pembelajaran Sektor Awam;
  • Program Pengurusan Teknologi;
  • Program Pembangunan Profesional;
  • Program Pengurusan Kewangan;
  • Program Pembangunan Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan;
  • Program Pengurusan Kerajaan Tempatan dan Daerah;
  • Program Latihan ICT; dan
  • Program Penyelidikan dan Pembangunan ICT.

Penubuhan program-program ini adalah untuk membolehkan INTAN berfungsi secara lebih holistik dan sistematik, selain menyediakan struktur yang lebih kondusif bagi memberi sokongan kepada para pegawai dan kakitangan INTAN untuk melaksanakan tanggungjawab yang lebih mencabar. Matlamat akhir perubahan struktur organisasi ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan INTAN sebagai pusat kecemerlangan latihan sektor awam.

Visi INTAN adalah untuk menjadi sebuah institusi latihan sektor awam bertaraf dunia. Manakala misinya pula ialah untuk membangunkan modal insan sektor awam melalui kecemerlangan dalam latihan. Sehubungan itu, pernyataan visi dan misi ini perlu disokong di peringkat operasi menerusi penggubalan dasar dan objektif kualiti yang relevan dan praktikal. Dasar kualiti INTAN ialah untuk membangunkan potensi sumber manusia sektor awam ke arah kecemerlangan melalui latihan.
Dalam usaha INTAN menjadi organisasi bertaraf dunia, konsep organisasi berasaskan pengetahuan telah diaplikasikan bagi membolehkan INTAN memainkan peranan signifikan dalam membangunkan kapasiti pegawai awam agar mereka dapat menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Selaras dengan hasrat ini juga, moto INTAN telah diberi nafas baru dan diperkasakan iaitu daripada ”Selangkah Di Hadapan” kepada ”Sentiasa Di Hadapan”, iaitu bagi menentukan agar semua warganya sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran, memenuhi tuntutan stakeholders, memberi perkhidmatan melebihi ekspektasi pelanggan dan berupaya untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan persekitaran.

Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian pengurusan Maklumat

Sejarah penubuhan Bahagian Pengurusan Maklumat bermula sebagai Pusat Rekod yang diwujudkan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan. Pada September 1998, Bahagian Teknologi Maklumat telah diluluskan bagi menguruskan keperluan ICT di Jabatan Perkhidmatan Awam. Seterusnya, Pejabat Pengurusan Projek HRMIS (Human Resource Management Information System) diwujudkan di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Mei 1999 bagi membangunkan sistem maklumat pengurusan sumber manusia bagi mencapai matlamat Kerajaan Elektronik di bawah Multimedia Super Corridor (MSC).

Bahagian pengurusan Maklumat

Pada 1996, menyaksikan penggabungan Bahagian Teknologi Maklumat dan Pejabat Pengurusan Projek HRMIS menjadikan Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat. Seterusnya pada 1 Jun 2008, Bahagian ini sekali lagi ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat berikutan pertambahan fungsinya selaku pengurus kepada pelbagai medium teknologi komunikasi maklumat.

Fokus utama bahagian ini adalah untuk memperluaskan pelaksanaan HRMIS ke semua agensi sektor awam di samping bertanggungjawab menyediakan khidmat kepakaran teknikal dalam bidang teknologi komunikasi maklumat.

Bahagian Pengurusan Psikologi

Bahagian Pengurusan Psikologi

Bahagian Pengurusan Psikologi bermula sebagai sebuah unit kecil pada 1 Januari 1992 dengan nama Unit Psikologi dan Kaunseling di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan. Dengan keanggotaan seramai hanya dua orang pegawai, Unit ini terus berkembang dan ditambah kekuatannya dengan 12 pegawai dan dinamakan sebagai Unit Perkhidmatan Psikologi pada Oktober 1994. Di awal penubuhannya, tumpuan utama Unit ini adalah memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada penjawat awam yang bermasalah, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam di samping berperanan dalam menggubal ujian psikologi bagi sektor awam.

Pada September 1998, Unit ini telah dinaikkan taraf kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi dengan 39 orang pegawai. Sementara pada 1 Jun 2008 pula, Bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Psikologi selaras dengan penstrukturan semula Jabatan dengan pengisian 44 pegawai.

Bahagian Khidmat Pengurusan

Di awal penubuhannya, Bahagian Khidmat Pengurusan berfungsi sebagai pengurus sumber manusia, pentadbir am, pengurus kewangan, perolehan dan aset Jabatan Perkhidmatan Awam. Kesemua fungsi di atas dilaksanakan oleh Seksyen Pentadbiran, Pusat Rekod dan Unit Psikologi dan Kaunseling. Berikutan penyusunan semula Jabatan Perkhidmatan awam pada 1996, Pusat Rekod telah dikeluarkan dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat.Berikutan pensyunan semula ini juga, nama bahagian ini telah ditukar kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia. Pada September 1998, satu lagi unit di Bahagian ini telah dikeluarkan dan dinaiktaraf iaitu Bahagian Perkhidmatan Psikologi.

LOKASI

Selama 75 tahun beroperasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah melalui pelbagai perubahan sejajar dengan keperluan semasa dan kehendak pelanggannya. Dari sebuah Unit kecil, institusi ini berkembang menjadi sebuah Jabatan dengan kekuatan seramai lebih 2,000 kakitangan pelbagai jawatan. Disebabkan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah beberapa kali berpindah lokasi bagi membolehkannya beroperasi dengan lebih baik dan lebih dekat dengan pelanggannya. Kekangan kewangan dan ruang pejabat juga menyebabkan bahagian-bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam tidak dapat disatukan di bawah bumbung yang sama sehinggalah terbina Kompleks JPA di Jalan Tun Ismail pada 1993.

1954 - 1976 Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin
1976 - 1987 Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman
1982 - 1988 Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara
(Bahagian Pencen)
1984 - 1993 Bangunan PKNS, Jalan Raja Laut
(Bahagian Perundingan dan Pusat Rekod)
1987 - 1993 Wisma Bernama, Jalan Tun Razak
1987 - 1993 Bangunan Perkim, Jalan Ipoh
(Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya)
1988 – 1993 Bangunan KWSG, Jalan Kampong Attap
(Bahagian Pencen)
1993 -2001 Kompleks JPA, Jalan Tun Ismail
2001 - kini Blok C1 dan C2, Kompleks C, Putrajaya

Bagi memastikan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggannya, pejabat-pejabat Pegawai Penasihat Latihan (PPL) dibuka  di seluruh dunia bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar tajaannya. Bermula pada tahun …. Pejabat PPL .. telah beroperasi di …. Sehingga kini, sebanyak 15  pejabat PPL telah telah dibuka seluruh dunia.

Tarikh Beroperasi PPL
Frankfurt, Jerman
Seoul, Korea
London, UK
Paris, Perancis
Sydney, Australia
Tokyo, Jepun
Washington, US
Moscow, Rusia
Wellington, New Zealand
Jakarta, Indonesia
Amman, Jordan
Kaherah, Mesir
Prague, Czech Republic
Chennai, India

Gambar bangunan JPA

Selain itu, bagi mengendalikan urusan pencen dan penajaan, pejabat-pejabat cawangan Jabatan Perkhidmatan Awam telah dibuka juga di Sabah dan Sarawak pada …. Seterusnya bagi kemudahan warga Lembah Klang, pejabat Bahagian Pasca Perkhidmatan dan Bahagian Pembangunan Modal Insan telah dibuka di Bangunan Maju Junction, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2008.

PERANAN

Perubahan peranan JPA dan Perkhidmatan Awam adalah seiring dengan transformasi pembangunan negara. Dalam tempoh awal kemerdekaan (1950an dan 1960an), Perkhidmatan Awam memainkan peranan sebagai Pentadbir Penyelenggaraan. Seterusnya, pada tahun-tahun 1970an Perkhidmatan Awam berubah fungsi sebagai Pentadbir Pembangunan pada seterusnya merupakan agen penting sebagai Pentadbir Perniagaan pada tahun 1980an dan menjadi titik tolak kepada pembangunan negara. Perkhidmatan Awam sebagai fasilitator telah meningkatkan kerjasama dan perundingan di antara sektor swasta, awam dan masyarakat dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Pada hari ini, JPA sebagai agensi pusat yang bertanggung jawab dalam urusan sumber manusia sektor awam merupakan tulang belakang Kerajaan dalam merencana dan menggubal strategi yang lebih jitu sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

Sebagai Pengurus Sumber Manusia kepada Perkhidmatan Awam, JPA bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan sumber manusia dan prasarana organisasi bagi memastikan jentera sektor awam berkeupayaan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan, merangkumi:

  • Penetapan hala tuju strategik
  • Pengukuhan infrastruktur
  • Pembangunan Modal Insan
  • Pengurusan Saraan

Jabatan Perkhidmatan Awam telah melalui pelbagai proses transformasi seiring dengan kemajuan negara.  SloganJabatan juga turut berubah mengikut perubahan semasa dan memberikan gambaran kesungguhan iltizam Jabatan ini memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Perubahan Slogan Jabatan Perkhidmatan Awam:

  • 1995: Prihatin Bukan Lalai
  • 1996: Positif Bukan Negatif
  • 1997: Syukur Bukan Kufur
  • 1998: Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami
  • 2008 : Peneraju Perkhidmatan Awam

Iltizam Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membangunkan Perkhidmatan Awam Kelas Pertama kini diterjemahkan dalam slogan  baru iaitu "JPA Peneraju Perkhidmatan Awam"

Peranan Perkhidmatan Awam untuk masa hadapan akan lebih mencabar ekoran daripada peningkatan globalisasi dan liberalisasi serta perkembangan teknologi yang pesat. JPA dituntut memainkan peranan utama dalam memastikan modal insan  berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dan mempercepatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan termasuk sumbangan sektor pertanian berasaskan bioteknologi. Jabatan Perkhidmatan Awam juga perlu memainkan peranan dalam memperkukuhkan nilai positif di penjawat awam dan membentuk Perkhidmatan Awam dengan minda kelas pertama.  Sebagai penyedia rangka dasar  pembangunan modal insan Perkhidmatan Awam, JPA  bertangggung jawab dalam memastikan institusi awam adalah kondusif serta mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam usaha membantu pembangunan sektor swasta.