Really Simple Syndication RSS

PSD RSS by category

Apa itu RSS?

RSS (juga dikenali sebagai “Suapan RSS”, “Sindikasi” dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Mengapa RSS perlu?

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Maklumat Terkini yang Dikeluarkan oleh JPA. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web JPA dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan( the spam ).
  • Menjimatkan masa.
  • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai JPA lebih cepat dan berkesan.
  • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

Bagaimana menggunakan RSS?

Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:

  1. Menggunakan perisian rssReader
  2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser) - Terpakai untuk Firefox serta Internet Explorer versi 7 dan ke atas. Bagi IE 6 dan ke bawah, sila gunakan rssReader.

Menggunakan perisian rssReader

Memasang secara terus ke pelayan internet (browser)

  1. Internet Explorer (versi 7 dan ke atas sahaja)
  2. Mozilla Firefox

Pemasangan pada Internet Explorer

NOTA: Terpakai untuk pelayan Internet Explorer versi 7 dan ke atas sahaja.

  1. Pelayan internet anda akan mengimbas secara automatik Portal web JPA sekiranya terdapat format RSS. Sekiranya wujud, warna ikon akan berubah dari RSS RSS ke RSS;

    Logo RSS

  2. Klik pada ikon untuk memilih kategori.

    Kategori

  3. Klik pada “Maklumat Terkini” dan paparan maklumat terkini adalah seperti berikut:

    Paparan

Pemasangan pada Mozilla Firefox

  1. Layari . Pada alamat URL, klik ikon. RSS

    Kategori

  2. Pilih kategori yang dikehendaki. Paparan maklumat terkini akan ditunjukkan berdasarkan pilihan kategori. Klik pada butang “Subcribe Now

    Subcribe Now

  3. Pada tetingkap “Add Live Bookmark“, pilih Bookmarks Toolbar Folder pada tajuk Create in: dan klik OK.

    Add Live Bookmark

  4. Satu penanda buku (Bookmark) akan diletakkan pada tab pelayan Firefox .

    Paparan