Khamis, 29 Jun 2017
 
+
 
-
 
:
  • Laman Utama

Kemudahan Penajaan Dan Pinjaman Bagi Pelajar

PROGRAM BIASISWA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini disediakan untuk mengiktiraf kebolehan amat cemerlang seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang. Bilangan biasiswa yang disediakan pada setiap tahun adalah sebanyak 12 iaitu 6 di peringkat Sarjana dan 6 di peringkat Kedoktoran.

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Kriteria lain yang diambil kira ialah:

Prestasi semasa temu duga;

Penglibatan dalam kegiatan ko - kurikulum / aktiviti kemasyarakatan dan hasil kerja kreatif dan inovatif.

Program Pelajar Cemerlang

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan kemudahan biasiswa kepada bekas pelajar-pelajar tajaan JPA / Majlis Raja-Raja yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria permohonan yang telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/Profesional di dalam dan luar negara.

Program Penajaan Ke Universiti Perdana

Kerajaan telah bersetuju supaya JPA menyediakan penajaan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian di Universiti Perdana bagi pengambilan tahun 2011 hingga tahun 2020. Terdapat 2 jenis program pengajian di Universiti Perdana iaitu:
  • Program PUGSOM - Program Perdana University Graduate School Of Medicine (PUGSOM) adalah program ijazah perubatan yang ditawarkan kepada pelajar lepasan ijazah pertama dalam bidang Sains.
  • Program PU-RCSI - Program Perdana University Royal College of Surgeons In Ireland adalah program ijazah pertama yang ditawarkan kepada pelajar lepasan persediaan dari mana-mana institusi pengajian dalam negara.

Program Ijazah Dalam Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan penajaan Biasiswa Persekutuan kepada pelajar-pelajar di IPT Awam dan IPT Swasta bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama .

Institusi yang terlibat :

IPT Awam,
Universiti Multi Media (MMU),
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
Universiti Teknologi Petronas (UTP);
dan IPT Swasta yang terpilih.

Program Kejuruteraan Di Negara Bukan Berbahasa Inggeris

Program ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di negara bukan berbahasa Inggeris iaitu :-

  • Program Kejuruteraan di Jerman
  • Program Kejuruteraan di Perancis
  • Program Teknikal Jepun
  • Program Teknikal Korea

Bagi Program Kejuruteraan di Jerman dan Perancis, pelajar akan ditaja bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan kimia.

Manakala bagi Program Teknikal di Jepun dan Korea, pelajar akan ditaja bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma Kejuruteraan dan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

Calon yang terpilih akan mengikuti pengajian di peringkat persediaan di dalam negara terlebih dahulu dan akan meneruskan pengajian di negara yang ditetapkan sekiranya melepasi had kelayakan minimum yang ditetapkan dan mendapat tempat di universiti di negara yang berkenaan.

Calon yang mempunyai asas dalam Bahasa Jerman, Perancis, Jepun dan Korea adalah digalakkan memohon.

Program Biasiswa Politeknik

Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan biasiswa bagi menaja pelajar-pelajar yang mengikuti peringkat diploma di politeknik seluruh negara.

PROGRAM PINJAMAN

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjamanyang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.

Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis Pinjaman

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:

  • Pinjaman Khas Perubatan
  • Pinjaman Biasa

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;

  • Bidang Kritikal
  • Bidang Keutamaan
  • Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)

Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tulis/e-mel ke alamat berikut:-

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

E-mel : Maklumat Umum Penajaan   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
E-mel : Penajaan Luar Negara           : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
E-mel : Penajaan Dalam Negara       : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA