Friday, 29 July 2016
 
+
 
-
 
:
  • Home

Kemudahan Cuti Belajar Kepada Penjawat Awam


1. Siapakah pihak berkuasa yang meluluskan bagi permohonan Cuti Belajar?

Pada masa ini, kuasa yang meluluskan bagi permohonan Cuti belajar kepada pegawai lantikan Persekutuan adalah di bawah tanggungjawab JPA kecuali bagi 5 Kementerian yang telah diturunkan kuasa seperti berikut:

  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

2. Apakah prosedur permohonan Cuti Belajar (Tanpa Biasiswa)?

Prosedur permohonan Cuti Belajar (Tanpa Biasiswa) adalah dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Surat sokongan Ketua Jabatan
  • Borang JPA(L)LDP1B/96 (pindaan 2003) - Borang permohonan mengikuti kursus dalam perkhidmatan
  • Surat tawaran universiti
  • Salinan buku perkhidmatan

Permohonan pegawai hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan sebelum dipanjangkan ke JPA.


3. Bilakah permohonan Cuti belajar (Tanpa Biasiswa) dibuka?

Permohonan Cuti belajar (Tanpa Biasiswa) dibuka sepanjang tahun.


4. Berapa lama tempoh Cuti Belajar yang diluluskan?

Tempoh Cuti Belajar yang boleh diberikan adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang ditawarkan oleh pihak universiti tertakluk kepada syarat-syarat yang sedang berkuat kuasa.


5. Apakah syarat-syarat pemberian Cuti Belajar?

Syarat-syarat pemberian kemudahan Cuti Belajar boleh dirujuk kepada Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)



Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Pegawai Berkenaan:

Bil Nama Pegawai Alamat Emel No.Telefon
1 Azzrull Affandie Bin Badiozaman This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 03-88853420

Print

icopejpm icomsc hrmis intan esila pencen 1mcsrs spa jpm