SOALAN AM PERMOHONAN KURSUS DI INTAN HAL LATIHAN DAN SOKONGAN LATIHAN DI INTAN KURSUS/PRODUK UTAMA INTAN

PERMOHONAN KURSUS DI INTAN

1. Siapakah yang layak berkursus di INTAN?

Kesemua penjawat awam layak berkursus di INTAN.


2. Bagaimanakah cara untuk memohon kursus di INTAN?

Permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) melalui portal INTAN www.intanbk.intan.my melalui langkah-langkah berikut

    1. Klik pada menu "Kursus & Jadual"
    2. Klik modul "Permohonan Kursus"
    3. Pilih kampus
    4. Pilih kategori / taip nama kursus
    5. Klik pada 'link' nama kursus
    6. Klik Mohon Kursus

3. Bolehkah permohonan dibuat secara manual?

Ya, INTAN turut menerima borang permohonan secara manual untuk Kementerian/Jabatan yang memerlukan bukti permohonan/pengesahan secara bertulis. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian digalakkan.


4. Adakah kebenaran daripada Ketua Jabatan/Penyelia diperlukan bagi permohonan secara atas talian?

Ya, satu emel makluman/pengesahan akan dihantar secara otomatik kepada Ketua Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara atas talian.


5. Apakah yang akan berlaku sekiranya Ketua Jabatan/Penyelia tidak meluluskan permohonan kursus?

Emel pemakluman kepada penyelaras kursus akan dihantar secara otomatik sekiranya permohonan kursus yang dibuat tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Penyelia. Permohonan kursus akan terbatal dengan sendirinya.


6. Bagaimana pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian?

Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.


7. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu kursus tersebut masih dibuka untuk permohonan?

Status permohonan kursus sama ada masih dibuka atau telah ditutup ada dinyatakan pada maklumat kursus di dalam Katalog Kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my)


8. Bilakah tempoh permohonan kursus ditutup?

Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup dua (2) minggu sebelum kursus bermula.


9. Bagaimana untuk menyemak status permohonan kursus?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urusetia kursus yang berkaitan.


10. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan?

Maklumat urusetia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my).


11. Bagaimana rayuan boleh dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

Rayuan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Program yang berkenaan. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad pemilihan bergantung kepada pertimbangan pihak INTAN.


12. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat?

INTAN akan mengemukakan pemakluman kepada Ketua Jabatan/Penyelia sekiranya penjawat awam tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat.