Monday, 25 July 2016
 
+
 
-
 
:
  • Home

Mengenai INTAN

SOALAN AM PERMOHONAN KURSUS DI INTAN HAL LATIHAN DAN SOKONGAN LATIHAN DI INTAN KURSUS / PRODUK UTAMA INTAN

 

KURSUS / PRODUK UTAMA INTAN

 

1. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) memohon untuk kursus Analisis Kuantitatif (QA)?

Tidak, kursus Analisis Kuantitatif hanya boleh diikuti oleh penerima Hadiah Latihan Persekutuan sahaja.

 

2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Kursus Diploma Sains Pengurusan atau Sarjana Sains Pengurusan (INTAN-UUM) yang dijalankan di INTAN?

Penawaran dan pemilihan peserta adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

 

3. Apakah kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)?

Kursus Diploma Pengurusan Awam merupakan kursus yang WAJIB dihadiri oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tujuan pengesahan jawatan sebagaimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1980. Penawaran dan pemilihan pegawai untuk mengikuti kursus ini adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan, JPA.

 

4. Apakah kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)?

Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori atau kursus WAJIB bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Ianya dijalankan di bawah Pusat Kecemerlangan Kepimpinan, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh diperolehi menerusi portal ALMP pautan di dalam laman web INTAN, http://almp.intan.my/almp/.

 

5. Apakah kursus EPSA?

Kursus EPSA (e-Pembelajaran Sektor Awam) adalah latihan secara atas talian bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja. Penjawat awam yang menjalani kursus EPSA layak untuk mendapatkan sijil hari berkursus mengikut syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk EPSA di talian 03-2084 7777 samb. 7764/7746 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

6. Apakah Penilaian ISAC?

Penilaian ISAC dijalankan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan personel sektor awam.

 

7. Siapakah yang boleh mengambil penilaian ISAC?

i- Individu
Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 di mana kelulusan dalam penilaian ISAC merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan.

ii- Kumpulan
Terdiri daripada kakitangan yang dipilih oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon untuk dijalankan penilaian tersebut secara kumpulan. Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/Jabatan/Agensi tersebut untuk memenuhi kehendak ISP atau polisi masing-masing.

 

8. Bagaimana hendak memohon menduduki Penilaian ISAC?

Semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC perlu dilakukan secara atas talian (online) sahaja. Permohonan boleh dibuat menerusi Portal INTAN di http://www.intanbk.intan.my. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menelefon pihak urusetia ISAC di talian 03-2084 7804/7766/7755 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

LAIN-LAIN

 

1. Bagaimana untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

Permohonan untuk mengadakan latihan industri di INTAN boleh dibuat melalui penghantaran surat permohonan menerusi emel/faks kepada Pendaftar INTAN di alamat berikut:

Pendaftar
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2084 7227
Faks: 603 - 2096 2205

 

2. Bagaimana untuk membuat permohonan pekerjaan di INTAN?

Permohonan pekerjaan di mana-mana agensi dalam Perkhidmatan awam perlu dibuat menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat www.spa.gov.my.

 

3. Bagaimana untuk mendapatkan penceramah/ tenaga pengajar INTAN?

Permohonan untuk mendapatkan penceramah/tenaga pengajar INTAN perlu mengemukakan surat permohonan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum bengkel/kursus/seminar/acara tersebut dijadualkan. Surat permohonan perlu dikemukakan untuk pertimbangan Pengarah INTAN melalui alamat berikut:

Pengarah INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2084 7887
Faks: 603 - 2093 9490
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

4. Bagaimana untuk membeli buku-buku terbitan INTAN?

Buku-buku terbitan INTAN boleh dibeli di Kampus Utama INTAN Bukit Kiara dari Pusat Penerbitan INTAN dan Kedai Buku KO-OP INTAN. Pembelian boleh dibuat secara tunai dan secara pesanan tempatan (LO) kepada:

Unit Penerbitan
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara

Tel: 603 - 2084 7362
Faks: 603 - 2092 1512
Emaill: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pembelian juga boleh dibuat secara atas talian melalui e-Purchasing di Portal INTAN pada www.intanbk.intan.my.

 

Print

icopejpm icomsc hrmis intan esila pencen 1mcsrs spa jpm