Ahad, 24 Julai 2016
 
+
 
-
 
:
  • Laman Utama

Pengumuman/Pemakluman Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Sesi 2012/2013

Article available only in Malay.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengalami masalah teknikal melalui laman sesawang permohonan penajaan JPA di http://eSilav2 pada 7 dan 8 Ogos 2012 . Sehubungan itu, tarikh tutup permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 secara dalam talian (online) telah dilanjutkan sehingga jam 11.59 malam pada 16 Ogos 2012 (Khamis).

Dokumen sokongan perlu diterima oleh Jabatan ini selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2012 (Khamis).

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat).

Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e-mel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  pencen  1mcsrs  spa  jpm