NEW ZEALAND COMMONWEALTH SCHOLARSHIP : 2013 AWARDS

Tarikh Tutup

15 Julai 2013

Tempat

New Zealand

Tempoh

Mulai Februari 2014

Rujukan

Kategori

Warganegara Malaysia

Kursus yang ditawarkan

  • Sarjana
  • Kedoktoran

Syarat-syarat Permohonan

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarship.

  **Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarship dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

(a)    Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) – Gred 41 ke atas;

(b)   Berkhidmat secara tetap;

(c)    Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa tarikh tutup permohonan;

(d)   Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;

(e)   Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;

(f)     Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012);

(g)    Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);

(h)   Telah mengisytiharkan harta;

(i)      Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA; dan

(j)     Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.

Dokumen Permohonan

 **Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut (masing-masing 1 salinan) :

a.      Borang JPA(L)LDP 1A/96 – perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing

b.      Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2013] – diisi oleh calon

 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dicetak dan dihantar ke alamat berikut :-

 KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad)

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini

Pegawai Bertanggungjawab

Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad
Tel     : 03-8885 3555
Faks   : 03-8889 2171
E-mel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Puan Nazrina binti AbdulMalik
Tel     : 03-8885 3538
Faks   : 03-8889 2171
E-mel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya