Sabtu, 23 Jun 2018
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2014 (Monbukagakusho : MEXT 2014), Young Leaders’ Program

Sukacita Dimaklumkan Bahawa Pada Tahun Ini JPA Sekali Lagi Telah Menerima Tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2014 Bagi Pengajian Peringkat Sarjana. Sehubungan Dengan Itu, Permohonan Program Ini Dibuka Mulai 20 Ogos 2013 Sehingga 20 September 2013.

Tarikh Tutup

20 September 2013

Tempat

Jepun

Tempoh

1 tahun (Oktober 2014 hingga September 2015)

Rujukan

Kategori

Warganegara Malaysia

Kursus yang ditawarkan

  i.      Kursus Perundangan (Sarjana dalam Perundangan)

ii.      Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Pentadbiran Awam)

iii.      Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana dalam Pengurusan Awam atau Sarjana dalam Pentadbiran Awam)

iv.      Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana dalam Pengurusan Kesihatan)

Syarat-syarat

Permohonan

  i.      Pemohon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada 1 Oktober 2014;

ii.      Pemohon mestilah lepasan Ijazah yang mendapat kepujian dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL 550 atau markah minima TOEFL-CBT 213 atau TOEFL-IBT 79-80;

iii.      Bagi Kursus Perundangan - 4 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang Perundangan; dan

iv.      Bagi Kursus-kursus lain – 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

v.      Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, sila rujuk lampiran seperti berikut :

  Lampiran A (Syarat-syarat Cuti Belajar)

Dokumen Permohonan

  i.    Kursus Perundangan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi
  5. Soalan Esei

Kursus Sekolah Kerajaan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi
  5. Soalan Esei

Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi
  5. Soalan Esei

Kursus Pengurusan Kesihatan

  1. Borang Permohonan
  2. Garis Panduan Permohonan
  3. Perakuan Kesihatan
  4. Borang Rekomendasi

Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan sahaja, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96
  2. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]

*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad)

Pegawai Bertanggungjawab

Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad

Tel : 03-8885 3555

Fax : 03-8889 2171

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Puan Raziyani binti Ibrahim

Tel : 03-8885 3519

Fax : 03-8889 2171

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA