Ahad, 22 Julai 2018
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Biasiswa Komanwel Di United Kingdom 2014

Public Service Department (PSD) Is Pleased To Announce That The Commonwealth Scholarship Tenable In The United Kingdom 2014 Is Opened For Application From 19th September 2013 Until 30th November 2013.

Article available only in Malay.

Tarikh Tutup

30 November 2013

Rujukan

· http://cscuk.dfid.gov.uk/apply

· Prospektus 2014

Kategori

Warganegara Malaysia

Kursus yang ditawarkan

  • Master degrees – 1 Tahun (kecuali Master of Business Administration)
  • Clinical training in medicine or dentistry – 6 Bulan
  • Doctoral degrees (Ph.D) – 3 Tahun
  • Split-site basis (towards a doctoral degrees in Malaysia) – 1 Tahun

Syarat-syarat Permohonan

Sila rujuk Prospektus 2014 di :

· http://cscuk.dfid.gov.uk/prospectus-scholarships-2014

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan,perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarship.

 

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarship dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

(a)    Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P);

(b)   Berkhidmat secara tetap;

(c)    Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;

(d)   Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;

(e)   Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;

(f)     Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012);

(g)    Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);

(h)   Telah mengisytiharkan harta;

(i)      Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA; dan

(j)     Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.

Dokumen Permohonan

Borang Permohonan secara atas talian [Electronic Application System (EAS)] boleh didapati di :

· https://csc.do-it-online.org.uk/csc

 

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut (masing-masing 1 salinan):

a. Borang JPA(L)LDP 1A/96

b. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]

 

*Borang JPA(L)LDP 1A/96 ini perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing.

Borang permohonan secara atas talian [Electronic Application System (EAS)] yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dicetak sebanyak 1 salinan berserta 2 keping gambar berukuran pasport dan dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad)

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.

Pegawai Bertanggungjawab

Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad
Tel: 03-8885 3555
Faks: 03-8889 2171
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Puan Raziyani binti Ibrahim
Tel: 03-8885 3519
Faks: 03-8889 2171
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA