Sabtu, 29 April 2017
 
+
 
-
 
:
  • Laman Utama

Article available only in Malay

MELAPOR DIRI/ PENGGANTUNGAN KONTRAK/PROGRAM TAPS/PROGRAM STAR

  • Bagaimana saya boleh melapor diri?

Saudara/ saudari boleh melapor secara atas talian di capaian yang berikut:

  • taip http://esilav2.jpa.gov.my
  • Lihat pada Aplikasi Atas Talian
  • Klik pada Modul Pemantauan Pelajar
  • Klik pada Daftar Pengguna Baru
  • Log-in, Klik ikon Lapor Diri, isi semua maklumat dan klik hantar

 

  • Adakah lapor diri itu wajib dan siapakah yang dwajibkan melapor diri?

 Lapor diri adalah diwajibkan kepada semua pelajar tajaan JPA dan tiada pengecualian.

 

  • Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa melapor diri?

 Dokumen- dokumen yang diperlukan semasa melapor diri atas talian adalah :-

      • Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat Tamat Belajar;
      • Salinan transkrip peperiksaan; dan
      • Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

 

  • Apa yang perlu saya lakukan sekiranya dokumen yang diperlukan tidak lengkap?

Dokumen yang hendak dihantar perlulah lengkap dan sekiranya tidak, saudara/saudari perlu menghubungi Unit Pasca Pengajian untuk makluman pihak kami dengan segera.

 

  • Adakah dokumen saya akan diproses sekiranya terdapat dokumen yang tidak lengkap?

Tidak. Hanya dokumen lengkap sahaja yang akan diproses.

 

  • Bilakah sepatutnya saya melapor diri?

Pelajar-pelajar adalah diwajibkan untuk melapor diri di Jabatan ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat tajaan/ pengajian, mana-mana yang terdahulu.

 

  • Adakah saya perlu melapor diri juga sekiranya saya GAGAL dan diberhentikan oleh pihak universiti?

Saudara/ saudari perlu juga melaporkan diri di Unit Pasca Pengajian dan proses juga sama seperti mereka yang tamat dengan jayanya. 

 

  • Apakah yang perlu saya lakukan setelah menghantar semua dokumen lapor diri?

Setelah saudara/ saudari menghantar dokumen yang lengkap, saudara/ saudari perlu menunggu panggilan temuduga atau peperiksaan daripada pihak SPA.

 

  • Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JPA sekiranya saya enggan melapor diri?

Saudara/ saudari boleh dikenakan tindakan gantirugi kerana melanggar kontrak/ perjanjian yang telah ditandatangani iaitu dengan membayar semula segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara lump sum ( sekaligus ) kepada pihak kerajaan.

 

  • Jika saya mendapat tawaran untuk melanjutnya pelajaran ke peringkat lebih tinggi, apa yang perlu saya lakukan?

 Saudara/ saudari perlu menghantar dokumen tambahan bersama-sama dengan dokumen lapor diri yang lengkap iaitu :-

    • Surat permohonan untuk sambung belajar oleh pelajar;
    • Surat kebenaran dari penjamin untuk sambung belajar;
    • Surat tawaran daripada universiti; dan
    • Surat Penajaan (Jika ada)

Proses ini dipanggil sebagai penggantungan kontrak.

 

  • Apa itu Program TAPS?

Program TAPS (Talent Acceleration In Public Service) adalah satu program melatih dan mengembangkan bakat pelajar-pelajar tajaan JPA yang cemerlang ke dalam perkhidmatan awam.

 

  • Bagaimana saya boleh memohon untuk TAPS?

JPA akan memilih pelajar untuk menyertai TAPS berdasarkan kecemerlangan akademik pelajar tersebut. Calon yang berjaya akan dihubungi Jabatan ini bagi mengikuti Program SAC (Student Assesment). Calon yang berjaya semasa mengikuti Program SAC akan ditawarkan tempat di dalam sektor awam selama 2 tahun. Sebarang makluman lanjut, saudara/saudari boleh layari laman web http://www.rsog.com.my.

 

  • Apa itu Program STAR?

Program STAR (Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA bekerja dengan syarikat sawasta yang terpilih memacu usaha Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program ini adalah satu inisiatif bagi membolehkan pelajar tajaan JPA memenuhi syarat berkhidmat.

 

  •  Bila boleh saya menyertai Program STAR?

Saudara/saudari boleh menyertai Program STAR hanya apabila saudara/saudari telah melapor diri ke Jabatan ini dan telah memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dengan SPA yang mana terkemudian. Saudara/saudari boleh mengakses  www.star.talentcorp.com.my untuk makluman lanjut.

 

  •  Sekiranya saya merupakan pelajar tahun akhir, bolehkah saya menyertai program STAR?

Tidak. Program STAR hanya boleh disertai oleh pelajar tajaan JPA yang telah melapor diri dan mendaftar dengan SPA sahaja.

 

  • Sekiranya saya mendapat pekerjaan di bawah Program STAR, apa    yang perlu saya buat?

Saudara/saudari akan mendapat Surat Arahan Berkhidmat daripada JPA. Saudara/saudari perlu memberi maklum balas dengan mengemukakan surat akuan terima dan borang JPA/BMI/JANJI/J3 ke Jabatan ini.

 

  • Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JPA sekiranya saya tidak mengemukakan surat akuan terima dan borang JPA/BMI/JANJI/J3 ke JPA?

Saudara/saudari akan mendapat Surat Peringatan untuk mengemukakan semua dokumen tersebut ke JPA. Sekiranya gagal, saudara/saudari boleh dikenakan tindakan gantirugi kerana melanggar kontrak/ perjanjian yang telah ditandatangani iaitu dengan membayar semula segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara lump sum ( sekaligus ) kepada pihak kerajaan.

 

 

  •  Adakah saya wajib menyertai Program STAR?

Anda wajib untuk mendaftar dengan Program STAR sebaik sahaja tamat tempoh 3 bulan anda melapor diri atau mendaftar dengan SPA, yang mana terkemudian.  

 

  • Apakah tindakan JPA Sekiranya saya enggan menyertai program STAR?

Saudara/saudari akan diberi surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat mendaftar dengan STAR dikeluarkan. Sekiranya tiada maklum balas daripada saudara/saudari, maka saudara/saudari boleh dikenakan tuntutan ganti rugi kerana enggan berkhidmat dengan agensi yang dipersetujui oleh Kerajaan seperti yang termaktub dalam Kontrak Biasiswa Persekutuan.

 

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm