Rabu, 18 Januari 2017
 
+
 
-
 
:

Profil Jabatan Perkhidmatan Awam

Carta Organisasi JPA

Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berjiwa rakyat


Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam


  • Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh
  • Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya
  • Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik
  • Menguruskan penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan
  • Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam
  • Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan
  • Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja
  • Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan

  • Bertindak Sebagai Satu Pasukan
  • Kecemerlangan dan Keunggulan
  • Profesionalisme
  • Berhemah dan Berwibawa
  • Berilmu Melalui Pembelajaran Berterusan

  • Perancangan
    • Menentukan peranan sektor awam;
    • Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;
    • Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
    • Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
    • Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan
    • Membangunkan strategic alliances and networking.
  • Pembangunan
    • Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
    • Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;
    • Pembangunan Laluan Kerjaya;
    • Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian; dan
    • Menentukan Dasar Latihan.
  • Pengurusan
    • Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia;
    • Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan;
    • Menguruskan pemantauan dasar; dan
    • Menguruskan penilaian dasar.

  • JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang.

"PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM"


Kami berjanji:

  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
    • Cepat dalam semua tindakan;
    • Tepat dalam membuat keputusan;
    • Layanan mesra kepada pelanggan;
    • Menepati masa yang dijanjikan;
    • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
    • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh dipercayai; dan
    • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
  • Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
  • Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
  • Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.
  • Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan.
  • Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.
  • Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
  • Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
  • Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
    • Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
    • Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

 

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  1mcsrs  spa  jpm