Isnin, 20 Ogos 2018
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

King’s Scholarship

Article available only in Malay.

Terma dan Takrifan

  1. Biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij;
  2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  3. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  4. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka dunia berdasarkan Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron's Profiles Of American Colleges atau mana-mana universiti berprestij lain yang dipersetujui olah JPA; dan
  5. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan di http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa. Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

 

Print

icopejpm icomsc hrmis intan esila esila pencen spa jpm