Isnin, 26 Febuari 2018
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Terma dan Takrifan

  1. Biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij;
  2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara.Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

  1. Kriteria utama:
    1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
    2. Prestasi semasa temuduga.
  2. Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
    3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
    4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
    5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
    6. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

  1. En. Mohd Kamarul bin Othman
    03-88853053
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2. En. Muhammad Rohaizad bin Razali
    03-88853569
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA