Ahad, 22 Julai 2018
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Bayaran Balik Pinjaman / Gantirugi

Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Skim pinjaman pelajaran JPA terbahagi kepada dua (2) jenis atau kategori, iaitu Pinjaman Biasa dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Bagi Skim Pinjaman Biasa (PB), peminjam dikehendaki membayar balik secara keseluruhan iaitu jumlah pinjaman yang telah diterima di sepanjang pengajian, sebaik sahaja tamat pengajian mereka. Manakala bagi Skim PBU pula, kemudahan pemberian diskaun sebanyak 75% (daripada jumlah keseluruhan pinjaman), akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau CGPA 2.75 ke atas atau setaraf dengannya;
  2. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan; dan
  3. Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama.

Bagi peminjam yang menepati semua syarat seperti di atas dan ingin memohon kemudahan tersebut, setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen (yang disahkan), seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Ijazah Universiti;
  2. Salinan transkrip akademik; dan
  3. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA.

Semua dokumen tersebut PERLU dikemukakan secara emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM,
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya.

 

Pegawai/Pelajar yang mendapat tajaan “Biasiswa Persekutuan”, tetapi telah ditamatkan penajaan mereka di atas sebab, seperti ; melanggar syarat perjanjian kerana enggan berkhidmat dengan mana-mana Jabatan/Agensi Kerajaan, ataupun telah meletak jawatan semasa dalam tempoh kontrak berkhidmat yang masih berkuatkuasa, mereka akan dikenakan “Penalti Gantirugi” Biasiswa Persekutuan. Notis Tuntutan Ganti Rugi akan dikeluarkan kepada pegawai/pelajar berkenaan dan tuntutan gantirugi ini hendaklah diselesaikan secara menyeluruh (lumpsum) dalam tempoh 60 HARI dari tarikh “Notis Tuntutan”, dikeluarkan.

 

Peminjam/penama boleh membuat semakan baki akaun dan maklumat tuntutan melalui kaedah berikut:

  1. menerusi portal MySELF di alamat http://myself.jpa.gov.my; atau
  2. menerusi perkhidmatan mySMS dengan menaip:

 JPA PINJAMAN <No. Kad Pengenalan (seperti dalam perjanjian)> dan hantar ke 15888
                            atau
JPA GANTIRUGI <No. Kad Pengenalan (seperti dalam perjanjian)> dan hantar ke 15888.

                           CONTOH:
Contoh MySMS:  “JPA PINJAMAN 850911016371
(Caj penghantaran adalah RM0.15 dan setiap mesej yang diterima akan dikenakan caj RM0.20)

 

Peminjam/penama boleh membuat bayaran melalui pelbagai kaedah bayaran seperti berikut:

      1. Bayaran secara perbankan internet
          1. Melalui laman web Maybank iaitu: http://www.maybank2u.com.my
            • Pilih Quick Link
            • Pilih Bill Payment
            • Pilih Make One Off Payment
            • Pilih Education And Educations Loan
            • Pilih Jabatan Perkhidmatan Awam
            • Pilih Pinjaman/Gantirugi
            • Masukkan :

              No. Rujukan JPA   :

              No. Akaun            :

                       (Nombor akaun boleh didapati di portal Myself JPA http://myself.jpa.gov.my)

      2. Melalui portal MyBayar (http://www.malaysia.gov.my) oleh pelanggan-pelanggan Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank. Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berhubung MyBayar, sila e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (group email mybayar) atau hubungi 03 - 8000 8000.
      3. Melalui debit terus secara online daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa juga boleh dibuat oleh pelanggan-pelanggan Bank Islam, Bank Muamalat, Affin Bank, Al Rajhi Bank, Public Bank, RHB Bank dan Hong Leong Bank, seperti yang disenaraikan oleh PMB melalui portal PosOnline di http://www.posonline.com.my.
      4. Bayaran di Kaunter Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara dengan menggunakan bil tuntutan bulanan yang dicetak melalui portal Myself JPA di http://myself.jpa.gov.my . Bayaran menggunakan bil akan dikenakan caj RM2.00.
      5. Bayaran secara Arahan Tetap Bank (Bank Standing Instruction) boleh juga dilaksanakan dengan memaklumkan kepada pihak bank masing-masing, yang akan menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama “Ketua Pengarah Perkidmatan Awam Malaysia”.
      6. Bayaran secara Bank Draf/Kiriman Wang/Cek hendaklah dibuat atas nama “Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia”. Sila catatkan nama dan nombor rujukan JPA iaitu no. Kad Pengenalan (baru dan lama) di belakang Bank Draf/Kiriman/Wang Cek tersebut. Alamatkan kepada :

        Bahagian Khidmat Pengurusan
        Sektor Akaun
        Aras-7-11, Blok C1, Kompleks C
        62510 Putrajaya

        Tel: 03-8885 3305/3313

      7. Arahan Potongan Gaji
        Penjawat awam yang berkhidmat di mana-mana Jabatan/Agensi Kerajaan dikehendaki membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran dengan cara potongan gaji. JPA akan mengeluarkan surat arahan potongan gaji kepada majikan peminjam. Peminjam perlu mengisi borang JPA(L) PP1 – pin.1/98 yang boleh didapati dari laman web JPA dan mengemukakan semula borang yang telah lengkap diisi kepada JPA. Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi pegawai JPA, melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan bayaran balik pinjaman/tuntutan ganti rugi, bolehlah dibuat melalui penggilan telefon, di talian 03-8000 8000 atau di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA