Rabu, 22 November 2017
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:
  • Laman Utama

Program Semarakkan Transformasi

Salah satu inisiatif utama JPA adalah dengan mengadakan Program Semarakkan Transformasi ke pelbagai Kementerian dan Agensi. Lawatan ini lebih kepada konsep jerayawara ke kementerian dan agensi di mana perkongsian mengenai Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam dilakukan.

Program ini disasarkan ke semua Kementerian, Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam usaha menyebarluas pelaksanaan KTPA. Sehingga  kini terdapat lebih 10 buah kementerian yang telah dikunjungi dan kebanyakan lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri KPPA sendiri.

Program ini diserikan dengan Sesi Amanat oleh YBhg. Tan Sri KPPA, lawatan tapak dan pameran oleh tuan rumah. Antara intipati menarik mengenai program ini adalah perkongsian dua hala yang wujud hasil daripada lawatan ini. Sebagai salah satu usaha merakyatkan perkhidmatan awam, pegawai kanan JPA yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Bahagian turut hadir dan sama-sama memberi maklumbalas dalam sesi dialog yang diadakan. Selain itu, JPA juga turut mempelajari pelbagai usaha yang telah dijalankan di Kementerian, termasuk pelan strategik dan pelan transformasi yang dibangunkan oleh mereka.

 

  Program Semarakkan Transformasi Perkhidmatan Awam Miri, Sarawak 14 Jun 2014

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA