PENGENALAN

Semakan pengesahan pengiktirafan bagi tujuan pelantikan dan permohonan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam boleh dibuat secara online di SEMAKAN PENGIKTIRAFAN. Pihak Berkuasa Melantik (PBM) adalah diarahkan untuk membuat semakan didalam talian di URL seperti diatas seperti arahan didalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008. Sekiranya tidak berjaya membuat semakan didalam talian, PBM boleh menyemak dengan Unit Pengiktirafan Kelayakan, JPA dengan menulis surat, menaip email atau membuat panggilan telefon. Sila rujuk HUBUNGI KAMI untuk alamat, email, dan no. telefon.

Semakan secara bertulis oleh PBM perlulah disertakan salinan Sijil, Diploma, dan Ijazah beserta transkrip/ keputusan peperiksaan. Lepasan Indonesia perlu juga mengemukakan visa sepanjang tempoh pengajiannya.

Cetakan dari http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp boleh digunakan untuk tujuan pelantikan dan permohonan jawatan. Selain itu, ianya boleh digunakan juga untuk tujuan penajaan/pinjaman pengajian dan pendaftaran dengan agensi Kerajaan termasuk pendaftaran bidang dengan Kementerian Kewangan, dsbnya.

(1)SEMAKAN SENARAI KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF

1.1 Pengiktirafan Kelayakan Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama

Pengiktirafan kelayakan/ program pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara adalah melibatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (Bagi individu yang mengikuti program Senibina, Kejuruteraan, Ukur Bahan, Ukur Tanah, dan Penilaian bermula pada tahun 2009, sila rujuk para 1.3) Untuk melihat senarai kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan, sila layari laman web ini: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

1.2 Pengiktirafan Kelayakan Sarjana dan Ph.D

Bagi pengiktirafan kelayakan/program pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D, Kerajaan menggunakan dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam:-

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2007 Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana dan/atau Ph.D Bagi Maksud Lantikan ke Dalam Perkhidmatan Awam?.

1.3 Pengiktirafan Kelayakan Profesional Senibina, Kejuruteraan, Ukur Bahan, Ukur Tanah, dan Penilaian

Bagi pengiktirafan kelayakan Ijazah Pertama pengajian Kejuruteraan, Senibina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, dan Penilaian, sila rujuk senarai akreditasi yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan kelayakan profesional oleh lembaga profesional yang berkaitan seperti berikut:-

1.3.1 Lembaga Arikitek Malaysia (http://www.lam.gov.my/)

1.3.2 Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia (www.bqsm.gov.my)

1.3.3 Lembaga Jurutera Malaysia/ LJM (www.bem.org.my) LJM juga menerima pakai senarai akreditasi daripada agensi-agensi berikut:-

Secara automatik bagi kelayakan yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPTA

1.3.3.1 The Engineers Australia (1989) (http://www.engineersaustralia.org.au/)

1.3.3.2 The Engineers Canada (1989) (http://www.engineerscanada.ca/)

1.3.3.3 The Engineers Ireland (1989) (http://www.iei.ie/)

1.3.3.4 The Engineering Council (EC) (1989) (http://www.engc.org.uk/)

1.3.3.5 Accreditation Board for Engineering Technology, US (1989) (http://www.abet.org/)

1.3.3.6 The Institution of Professional Engineers, NZ (1989) (http://www.ipenz.org.nz/ipenz/)

1.3.3.7 The Hong Kong Institution of Engineers (1995) (www.hkie.org.hk)

1.3.3.8 Engineering Council of South Africa (1999) (http://www.jabee.org/english/)

1.3.3.9 Japan Accreditation Board for Engineering Education (2005) (www.jabee.org/english)

1.3.3.10 Institution of Engineers Singapore (Jun 2006) (http://www.ies.org.sg/)

1.3.3.11 Institute of Engineering Education Taiwan (2007) (http://www.ieet.org.tw/)

1.3.3.12 Accreditation Board for Engineering Education of Korea (Jun 2007) (http://www.abeek.or.kr/)

Secara case by case basis bagi kelayakan yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPTA

1.3.3.1 The Commission Des Titres D Ingenieur (http://www.cti-commission.fr/)

1.3.3.2 European Federation of National Engineering Association (FEANI) (http://www.feani.org/webfeani/)

1.3.3.3 The Institution of Engineers, Indonesia (http://pii.or.id/i/)

1.3.4 Lembaga Juru Ukur Tanah (http://www.ljt.org.my/)

1.3.5 Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (http://www.lppeh.gov.my/)

(2) TAMBAHAN SENARAI KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF

Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Pertama dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am dari Australia dan United Kingdom

Bagi pengiktirafan kelayakan/program pengajian dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am dari Institusi Pengajian Tinggi di United Kingdom dan Australia, Kerajaan telah mengguna pakai senarai Universities and Colleges Admissions Service (UCAS)/ (http://www.ucas.ac.uk/) dan Commonwealth Register of Institution and Courses for Overseas Students (CRICOS)/ (http://cricos.deewr.gov.au/). Berikut ialah syarat-syarat yang diguna pakai bagi pengiktirafan kelayakan/program pengajian dari negara-negara berkenaan:-

  • Pengiktirafan hanya diberikan kepada kelayakan/program pengajian dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am
  • Pengiktirafan diberikan kepada Ijazah Pertama yang dijalankan secara sepenuh masa di kampus universiti berkenaan.
  • Pengiktirafan ini tidak melibatkan Ijazah Pertama yang dijalankan secara Ijazah Berkembar (Double Degree) atau Ijazah Pelbagai Bidang (All Other Streams Degree).
  • Bagi kelayakan/program pengajian profesional, pengiktirafan adalah mengikut perakuan dari badan profesional yang berkaitan di Malaysia.

Pengiktirafan Kelayakan dalam bidang Pendidikan dari Amerika Syarikat

Bagi pengiktirafan Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi di Amerika Syarikat, Kerajaan telah mengguna pakai senarai National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE)/ (http://www.ncate.org/). Pengiktirafan adalah diberikan kepada program sepenuh masa yang dijalankan di kampus universiti berkenaan.