Cetak PDF

Fungsi

  • Menggubal, menyemak, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, garis panduan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam perkhidmatan awam.
  • Membangun dan mengendalikan program peningkatan potensi anggota perkhidmatan awam dan pengurusan sumber manusia melalui pendekatan psikologi.
  • Membangun, mentadbir, menganalisis, menyelaras dan memantau penggunaan ujian psikologi dalam perkhidmatan awam.
  • Mengenal pasti, membangun, melaksana dan menganalisis data dan maklumat hasil daripada penyelidikan yang berkaitan dengan isu-isu psikologi dalam perkhidmatan awam.
  • Menyedia, menyelaras, memantau perkhidmatan kaunseling yang diberikan dalam perkhidmatan awam.
  • Mengenal pasti, membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan program kaunseling pencegahan dalam perkhidmatan awam.
  • Mengenal pasti, membangun dan mengendalikan program kesejahteraan sosial bagi anggota perkhidmatan awam.
  • Mengenal pasti, membangun dan mengendalikan program pembangunan kerjaya dan keluarga dalam perkhidmatan awam.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan dasar psikologi sektor awam digubal dalam tempoh satu ( 1 ) tahun dari tarikh arahan diterima.
  • Memastikan laporan ujian e-psikologi disediakan dalam tempoh tiga ( 3 ) hari selepas menduduki sesuatu ujian tertakluk kepada bilangan calon dan jenis ujian.
  • Memastikan perkhidmatan kaunseling individu diberikan kepada anggota perkhidmatan awam dalam tempoh tiga ( 3 ) hari bekerja bagi kes baru daripada tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.
  • Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diproses dalam tempoh lima ( 5 ) hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan psikologi dan kaunseling berada pada tahap skor purata sekurang-kurangnya pada skala lima ( 5 ) daripada tujuh ( 7 ).
  • Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh lima ( 5 ) minit.