Sabtu, 25 Febuari 2017
 
+
 
-
 
:

Piagam Pelanggan

 

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2017 (semasa)

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2016


Kami berjanji :

  • Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  • Memberi khidmat nasihat dan rundingcara transformasi Perkhidmatan Awam dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh menerima permohonan.
  • Melaksanakan penawaran penajaan dalam tempoh 14 hari selepas kelulusan pengurusan.
  • Memberi konsultansi penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh permohonan diterima.
  • Menyelesaikan kajian empirikal pengurusan sumber manusia dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh mandat diberikan.
  • Membuat bayaran ganjaran dan gantian cuti rehat (GCR) dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan setelah dokumen lengkap, bayaran pencen dalam tempoh 30 hari dari tarikh persaraan wajib setelah dokumen lengkap dan bayaran pencen terbitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Memastikan urusan hal ehwal perkhidmatan (pelantikan secara kontrak, pertukaran sementara, peminjaman dan pertukaran tetap, perakuan kenaikan pangkat, tatatertib dan pengisian kekosongan jawatan gunasama) diurus dan diselesaikan dalam tempoh empat (4) minggu.
  • Menguruskan sesi libat urus di peringkat kebangsaan melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan bersama Kepimpinan Persatuan/ Kesatuan Sekerja Sektor Awam sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/latihan yang dilaksanakan di INTAN memberi impak positif kepada peserta berasaskan skor purata penilaian 5.6 pada skala 1-7 daripada penilaian mereka di ITIMS.
  • Memastikan tahap ketersediaan aplikasi maklumat sumber manusia dan tahap ketepatan data penjawat awam sekurang-kurangnya 95% dan tahap ketersediaan capaian portal JPA sekurang-kurangnya 97%.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada keseluruhan tuntutan dan bayaran bil dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Semua aduan, pertanyaan dan rayuan pelanggan diberi Akuan Penerimaan dalam masa 1 hari dan maklumbalas dalam masa 15 hari bekerja.
    (Selaras dengan PKPA 1/2009, berikutan migrasi dari SIMBA ke SISPAA)


SISTEM PENGURUSAN KUALITI DI JPA


JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang.


Pengurusan penyediaan dasar

  • Menggubal dasar dan peraturan pengurusan sumber manusia dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh arahan dikeluarkan.
  • Menyediakan Pekeliling Perkhidmatan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan diterima.
  • Menyediakan Surat Pekeliling Perkhidmatan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan diterima.
  • Menyediakan Surat Edaran/Surat Pemakluman dalam tempoh 1 bulan dari tarikh keputusan diterima.
  • Menyediakan maklum balas keputusan Jemaah Menteri mengikut masa yang ditetapkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Menyelesaikan urusan kajian perjawatan mulai tarikh maklumat lengkap diterima seperti berikut:

  • Kajian penyusunan semula organisasi dalam tempoh lima (5) bulan.
  • Kajian pengukuhan perjawatan dalam tempoh lima (5) bulan bagi permohonan yang melibatkan jawatan utama (JUSA), Jawatan Gred Khas atau/dan jumlah jawatan dipohon melebihi 200.
  • Kajian pengukuhan perjawatan dalam tempoh empat (4) bulan bagi permohonan yang tidak melibatkan jawatan utama (JUSA), Jawatan Gred Khas atau/dan jumlah jawatan dipohon kurang 200.
  • Kajian Pengukuhan Perjawatan dalam tempoh satu (1) bulan bagi permohonan yang melibatkan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan.

Membekalkan anggota perkhidmatan Gunasama dalam tempoh 3 minggu selepas tarikh keputusan pihak berkuasa yang berkaitan.


Menguruskan penetapan gaji secara Khas Untuk Penyandang (KUP) anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang terlibat dalam urusan peminjaman/pertukaran sementara dalam tempoh 3 minggu dan pertukaran pelantikan/kenaikan pangkat secara lantikan/penyelarasan pencen dalam tempoh 6 minggu dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.


Memastikan urusan di bawah Hadiah Latihan Persekutuan diuruskan seperti berikut:

  • Mengeluarkan keputusan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan selepas tarikh akhir pencalonan diterima daripada Ketua Perkhidmatan dalam tempoh 3 minggu (21 hari).
  • Meluluskan permohonan pindaan syarat tajaan dalam tempoh 12 minggu (60 hari).
  • Menguruskan bayaran elaun, yuran dan tuntutan dalam dan luar negara dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh invois dari luar dan dalam negara diterima dengan dokumen lengkap.

Memberi perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi kes baru dari tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.


Menguruskan hubungan Majikan - Pekerja melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) sekurang-kurangnya sekali setahun bagi MBK Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional, MBK Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Sokongan dan MBK Pekerja-pekerja Am Dalam Kumpulan Sokongan.


  • Memastikan ganjaran dan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh persaraan wajib tertakluk kepada dokumen lengkap diterima mengikut jadual yang ditetapkan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2003).
  • Memastikan pencen dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh persaraan wajib tertakluk bahawa segala dokumen persaraan adalah lengkap diterima mengikut jadual yang ditetapkan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2003).

  • Menentukan supaya 90% daripada bilangan aduan dibuat siasatan dan diberi maklum balas dalam masa 7 hari dari tarikh aduan didaftarkan.
  • Memberi maklum balas kepada setiap aduan mengenai kerosakan peralatan komputer yang diterima dalam tempoh 2 hari dan menyelesaikan masalah dalam tempoh 3 hari berikutnya bagi kes yang tidak melibatkan pembekal yang tiada ikatan kontrak penyelenggaraan.

Memastikan pegawai JPA di semua peringkat mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.



 

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  1mcsrs  spa  jpm