Cetak PDF

HRMIS


1) Bilakah EG-HRMIS akan dilaksanakan di agensi-agensi Kerajaan?

Keseluruhan projek EG-Hrmis akan mengambil masa selama 42 bulan yang merangkumi dua fasa.Fasa pertama ialah selama 24 bulan dan melibatkan 10 agensi perintis. Agensi-agensi perintis ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Sistem maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).Fasa kedua merangkumi tempoh 18 bulan dan ia membabitkan pelaksanaan HRMIS diseluruh agensi-agensi Kerajaan


2) Apakah perubahan yang bakal berlaku kepada fungsi-fungsi sumber manusia yang sedia ada?

Berdasarkan visi,misi dan objektif-objektif sumber manusia untuk Perkhidmatan Awam Malaysia, pihak projek EG-HRMIS telah mengkaji keperluan sumber manusia Perkhidmatan Awam Malaysia dengan mengambil pandangan-pandangan pihak kerajaan.

Berdasarkan keperluan tersebut dan perbandingan-perbandingan yang dibuat dengan sektor awam di luar negara, proses-proses sumber manusia yang baru telah dibentuk. Mana-mana proses sumber manusia sedia ada masih relevan akan terus dikekalkan.Secara umum, selain daripada penambahbaikan proses-proses sumber manusia yang sedia ada, projek EG-HRMIS menawarkan kecanggihan teknologi. Contohnya, urusan-urusan sumber manusia akan dapat dilakukan secara real-time dan on-line. Bank data maklumat sumber manusia akan diintergrasikan di antara agensi-agensi demi memudahkan lagi penggunaan maklumat sumber manusia oleh pihak yang berkenaan.


3) Apakah persiapan yang bakal dibekalkan kepada kakitangan awam untuk menggunakan sistem EG-HRMIS?

Semua kakitangan awam akan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menerima dan menggunakan sistem EG_HRMIS.

Persiapan-persiapan yang bakal diberikan akan bergantung kepada kepeluan kakitangan awam berkenaan. Contohnya, kepeluan pengguna biasa sistem EG_HRMIS adalah berbeza dari keperluan pengendali sistem EG_HRMIS.

Bentuk-bentuk persiapan yag bakal diberikan merangkumi beberapa aspek:

  • Perubahan proses-proses fungsi sumber manusia dari dahulu ke sekarang
  • Penggunaan sistem EG_HRMIS
  • Perkhidmatan sokongan yang disediakan

Persediaan-persedian tersebut akan diberikan melaui sesi-sesi latihan dan saluran-saluran komunikasi tertentu yang akan diberikan dari masa ke semasa.

Untuk keterangan lanjut 

Pegawai : Pn. Marina Said
Telepon  : 03-83164019
Emel       : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya