Rabu, 22 November 2017
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2014 (Monbukagakusho : Mext 2014) Latihan Perguruan

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2014 bagi Latihan Perguruan dibuka mulai 12 Februari 2014 sehingga 11 Mac 2014.

Tarikh Tutup

11 Mac 2014

Tempat

Jepun

Tempoh

1 ½ Tahun (Bermula dari Oktober 2014) – Latihan Perguruan

Rujukan

Kategori

Warganegara Malaysia

Kursus yang ditawarkan

Latihan Perguruan (Sijil)

Syarat-syarat

Permohonan

(a)      Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014;

(b)      Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Maktab Perguruan dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar; dan

(c)      Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT).

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

(a) Berkhidmat secara tetap;

(b) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;

(c) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);

(d) Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014;

(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;

(f) Telah mengisytiharkan harta;

(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012 atau 2011, 2012 & 2013);

(h) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

(i) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;

(j) Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);

Dokumen Permohonan

  1. Application Form and Annex
  2. Application Form and Annex (SAMPLE)
  3. Health Certificate
  4. Guidelines
  5. Checklist
  6. Course Guidebook

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan , anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :

  1. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2003]
  2. Borang JPA(L)LDP 1A/96

     *Borang JPA(L)LDP 1A/96 ini perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing.

*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

 

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : CIK WAN IZNI BINTI WAN HAMDI)

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan , permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.

**Manakala bagi kakitangan Kerajaan dibawah Skim Perkhidmatan Pendidikan, permohonan hendaklah melalui Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM ditalian 03-8321 7000 untuk keterangan lanjut.

Pegawai Bertanggungjawab

Cik Wan Izni Binti Wan Hamdi

Tel : 03-8885 3420

Fax : 03-8889 2171

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Puan Nazrina Binti Abdul Malik

Tel : 03-8885 3438

Fax : 03-8889 2171

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA