Ahad, 19 November 2017
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2015 (Monbukagakusho : Mext) Peringkat Ijazah Lanjutan

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT Bagi Pengajian Peringkat Ijazah Lanjutan. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 14 Mac 2014 sehingga 1 April 2014.

Tarikh Tutup

1 April 2014

Tempat

Jepun

Tempoh

1½ tahun (Oktober 2015 - Mac 2017) atau 2 tahun (April 2015 - Mac 2017)

Rujukan

Kategori

Warganegara Malaysia

Kursus yang ditawarkan

Ijazah Lanjutan

Syarat-syarat
Permohonan

  • Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2015 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1980);
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana (minimum CGPA 3.4) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan); dan
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.

Bagi calon yang BUKAN merupakan kakitangan Kerajaan, calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).
**Bagi calon kakitangan Kerajaan, calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan  seperti berikut :-

  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kursus bermula (1 April 2015);
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P);
  • Berkhidmat secara tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013);
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA; dan
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah. 

Dokumen Permohonan

Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut;

JAPAN INFORMATION SERVICE
EMBASSY OF JAPAN
NO. 11, PERSIARAN STONOR
OFF JALAN TUN RAZAK
50450 KUALA LUMPUR

**Bagi calon kakitangan Kerajaan, calon dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :
a. Borang JPA(L)LDP 1A/96
b. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]
Borang permohonan yang telah lengkap diisi (2 salinan) hendaklah dihantar ke alamat berikut :

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(U/P : PUAN ANNA IZWANA BINTI RORZALI)

Pegawai Bertanggungjawab

Puan Anna Izwana binti Rorzali
Tel : 03-8885 3468
Fax : 03-8889 2171
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Nazrina binti Abdul Malik
Tel : 03-8885 3438
Fax : 03-8889 2171
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA