Cetak PDF

Perolehan


1. Bagaimana untuk mendapatkan perolehan melalui sebut harga / tender di JPA?

Sebut harga / tender akan diiklankan di:-

  • Laman web eP
  • Portal rasmi JPA;
  • Papan Kenyataan; dan
  • Surat khabar (bagi tender).

Iklan berkenaan mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Jabatan yang memanggil sebut harga;
  • Tajuk sebut harga; Syarat kelayakan penyebut harga;
  • Bidang/Kelas/Kepala Pendaftaran; dan
  • Tempat, tarikh dan waktu sebut harga diterima dan ditutup.

Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Sistem ePerolehan akan dapat mencapai maklumat tersebut dan boleh menyertai sebut harga dan tender secara atas talian (on-line).

Perolehan secara sebutharga, tender dan ebidding telah dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6/ 2008 dan Surat Perbendaharaan Bilangan 3/ 2009.


2. Bagaimana untuk mendaftar dalam urusan waran perjalanan udara?

Wakil syarikat perlu datang sendiri ke Sektor Perolehan dan Pembangunan, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-dokumen berkaitan serta cop syarikat;
Maklumat syarikat akan didaftarkan dalam sistem SISKET di Sektor Perolehan dan Pembangunan. Syarikat akan dihubungi berdasarkan maklumat yang diberikan.


3. Bagaimana untuk mendapatkan perolehan secara pembelian terus di JPA?

Wakil syarikat perlu datang ke Sektor Perolehan, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan pendaftaran dan Syarikat akan dihubungi untuk mendapatkan sebut harga berdasarkan kod bidang berkaitan.