Isnin, 17 Disember 2018
 
   
 
+
 
-
 
:
     
  • Laman Utama

Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?


1. Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:

  • Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
  • Program Pelajar Cemerlang
  • Program Penajaan Ke Universiti Perdana
  • Program Ijazah Dalam Negara
  • Program Kejuruteraan Di Negara Bukan Berbahasa Inggeris
  • Program Biasiswa Politeknik

2. Apakah kemudahan pinjaman pelajaran yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?

  • Skim Yuran Pengajian Luar Negara

3. Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?

  • Biasiswa
    • Pelajar yang menerima penajaan dalam bentuk biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang dipersetujui.
    • Mereka boleh dilepaskan dari ikatan kontrak sekiranya kerajaan tidak dapat menyediakan kerja dalam tempoh 12 bulan selepas pelajar melaporkan diri di JPA atau mereka membayar ganti rugi kepada kerajaan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam perjanjian.
  • Pinjaman
    • Kemudahan pinjaman pelajaran disediakan bagi pengajian di luar negara sahaja.
    • Pelajar yang menerima pinjaman dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman sebenar mereka selepas menamatkan pengajian. Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Pegawai Berkenaan:

Bil Nama Pegawai Alamat Emel No.Telefon
1 Filzah Ariyani Binti Mohd Arifin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 03-88853678
2 Mohd Iqbal Bin Mohd Nazir Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 03-88853295


Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA