Cetak PDF

 

PERUTUSAN

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan Salam Transformasi.

Perkhidmatan Awam Malaysia sedang mengalami transformasi yang secara tidak langsung mencabar keupayaan penjawat awam untuk keluar dari zon selesa dan membudayakan amalan kerja yang cemerlang, memperkasa budaya produktif dan inovatif, berprestasi serta berintegriti tinggi dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Pencapaian serta kejayaan yang telah dicapai ini tidak mungkin direalisasikan tanpa usaha padu serta sumbangan warga kerja JPA yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Terima kasih diucapkan juga kepada seluruh penjawat awam yang telah begitu komited menggembleng tenaga dalam menyokong pelaksanaan polisi, program dan aktiviti yang dirancang. Usaha ini perlu diterus dan dipertingkatkan lagi agar perkhidmatan yang memuaskan dapat diberikan kepada rakyat.



TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya