Khamis, 26 Mei 2016
 
+
 
-
 
:
  • Laman Utama

Anjakan Gaji

 

1. Apakah kesan hukuman tatatertib terhadap pergerakan gaji?

Jika pegawai dikenakan hukuman tatatertib tangguh pergerakan gaji atau turun gaji, pegawai tidak layak mendapat pergerakan gaji sepanjang tempoh hukuman.

 

2. Apakah syarat untuk layak dipertimbangkan anjakan gaji?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, syarat untuk pegawai dipertimbangkan anjakan gaji pertama adalah seperti berikut:

  1. Disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras IV;
  3. Berkhidmat tidak kurang 3 tahun;
  4. Mencapai tahap prestasi yang baik iaitu LNPT 80 peratus dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut; dan
  5. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 

Manakala syarat untuk pegawai dipertimbangkan anjakan gaji kedua adalah seperti berikut:

  1. Lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada aras IV;
  2. Telah memperoleh anjakan gaji pertama tidak kurang daripada satu tahun;
  3. Mencapai tahap prestasi yang baik iaitu LNPT 80 peratus dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut; dan
  4. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.



Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  pencen  1mcsrs