Cetak PDF

Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)


1. Adakah pegawai lantikan kontrak perlu mengisi LNPT?

Perlu kerana LNPT melibatkan semua kakitangan awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak.


2. Bagaimanakah LNPT bagi pegawai yang dilantik pada hujung tahun?

Pegawai yang dilantik pada hujung tahun perlu mengisi LNPT selepas genap 6 bulan berkhidmat.


3. Adakah pegawai yang bercuti tanpa gaji atau ditahan kerja perlu mengisi LNPT?

Tidak perlu kerana pegawai tersebut tidak menjalankan tugas untuk diberikan penilaian bagi tahun tersebut.


4. Bolehkah Pegawai Penilai Pertama (PPP) yang sama gred dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) membuat penilaian prestasi?

Boleh jika PPP dan PYD berada di gred hakiki yang sama tetapi wujud hubungan kerja dan penyeliaan di mana PYD bertanggungjawab secara langsung kepada PPP.


5. Bolehkan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) meminda markah pegawai?

Jika terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh PPSM boleh mengubahsuai dan menyelaras semula markah.



Untuk Pertanyaan Lanjut
Officer
En. Mohammad Hafiz bin Mohd Shafiai
Telephone 03-88854372
Email hafiz.shafiai@jpa.gov.my