Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan

1. Kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2015 (PP8/2015) hanya melibatkan Gred 41/42 dan ke bawah sahaja. Adakah pemberian 25% ITP kepada pegawai yang diperuntukkan kuarters juga hanya melibatkan Gred 41/42 dan ke bawah sahaja?
2. Pegawai yang bertukar wilayah dan mendiami kuarters adakah layak dibayar 25% ITP?
3. Adakah pegawai bertukar wilayah yang sebelum ini memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW) kerana kadarnya lebih tinggi boleh menukar untuk memilih ITP?
4. Pasangan pegawai yang kedua-duanya berasal dari Semenanjung ditugaskan ke Sabah. Walau bagaimanapun, suami ditempatkan di Sandakan manakala isteri ditempatkan di Kota Kinabalu dan kedua-dua pegawai diperuntukkan kuarters (Rumah Biasa Kerajaan) di tempat bertugas masing-masing. Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP?
5. Pasangan pegawai yang kedua-duanya berasal dari Semenanjung ditugaskan ke Sabah. Walau bagaimanapun, suami ditempatkan di Sandakan manakala isteri ditempatkan di Kota Kinabalu. Hanya seorang sahaja yang diperuntukkan kuarters (Rumah Biasa Kerajaan). Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP?
6. Pegawai yang tinggal di asrama [ITP dan Bantuan Sara Hidup (BSH) (50%) dipotong]. Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP seperti dalam PP8/2015?
7. Pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan/Jawatan adakah layak dibayar 25% ITP?
8. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Perumahan Khas (BPK) akan diselaraskan kadarnya mengikut PP8/2015?
9. Apakah kadar ITP bagi pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji?
10. Apakah kadar ITP bagi pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)?
11. Adakah PP8/2015 terpakai kepada pegawai lantikan sementara, Contract Of Service dan Contract For Service?
12. Adakah PP8/2015 ini berkuat kuasa kepada pegawai yang masih kekal dalam Sistem Saraan Baru dan Skim Perkhidmatan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976)?
13. Adakah pegawai yang berkhidmat di luar negara dan mendiami kuarters yang disewa oleh jabatan atau kuarters yang disediakan oleh jabatan layak menerima ITP pada kadar 25%?
14. Rujukan :

Kerja Lebih Masa Dan Elaun Lebih Masa

1. Bagaimanakah Ketua Jabatan hendak menentukan pembayaran Elaun Lebih Masa (ELM) bagi pegawai yang terlibat dengan Waktu Bekerja Bukan Pejabat (Waktu Bekerja Secara Giliran dan Waktu Bekerja Terputus-putus)?
2. Bagaimana hendak menentukan kadar pembayaran ELM sama ada kadar Hari Bekerja Biasa (HBB) atau kadar Hari Rehat Biasa (HRB)?
3. Adakah pegawai layak menuntut kadar Hari Kelepasan Am (HKA) sekiranya ia jatuh pada hari giliran pegawai bertugas?
4. Bagaimana pula pengiraan kadar sekiranya pegawai diarahkan bertugas pada HKM pegawai dan HKA jatuh pada hari tersebut?
5. Sekiranya pegawai bertugas pada HKM dan HKA jatuh pada hari tersebut berapakah kadar yang harus dibayar?
6. Encik Ali merupakan seorang Polis Bantuan. Pada bulan Ogos 2022, beliau mempunyai 40 jam bekerja lebih masa. Beliau ingin mengambil 22 jam untuk tuntutan ELM dan baki 18 jam beliau ingin mengambil Cuti Gantian (2 hari) yang akan diambil pada bulan Februari 2023. (Tidak berlaku pertindihan masa) Adakah Encik Ali dibenarkan untuk berbuat demikian?
7. Encik Chong merupakan seorang Pereka Grafik gred B19 telah memohon supaya bayaran ELM dibayar tanpa hadir ke pejabat pada hari Sabtu, Ahad dan HKA bagi melaksanakan tugasan merangkumi penghasilan infografik, poster dan bahan-bahan kreatif. Permohonan ini dibuat kerana tugasan tersebut dilaksanakan di rumah kerana pihak Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian X telah menerima arahan secara ad hoc yang memerlukan tindakan segera dan tiada keperluan untuk pegawai ke pejabat memandangkan tugas-tugas perekaan hanya menggunakan komputer dan perisian tertentu. Adakah bayaran ELM boleh dibayar kepada pegawai sekiranya pegawai melaksanakan kerja dari rumah di luar waktu pejabat pada hari bekerja biasa, Sabtu, Ahad dan HKA sebagaimana permohonan?
8. Adakah pemandu boleh menuntut ELM untuk tugasan mencuci bas jabatan pada HRM, HKM dan HKA? Terdapat permohonan daripada pemandu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut pada HRM, HKM dan HKA.
9. Adakah seseorang pegawai yang Bekerja Secara Giliran (Syif) boleh menuntut ELM jika jadual tugasnya jatuh pada HKA?
10. Sekiranya pegawai tersebut layak menuntut ELM pada HKA, adakah pegawai ini layak menerima kadar HKA atau kadar HRB?
11. Sekiranya pegawai tersebut layak menuntut ELM pada HKA yang mana jadual tugas beliau bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, adakah beliau akan dibayar ELM tersebut mulai jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang? Atau ELM hanya akan dikira selepas jam 4.00 petang?
12. Sekiranya pejabat ditutup separuh hari pada waktu pagi kerana sanitasi, adakah pegawai layak menuntut ELM pada hari tersebut sekiranya pegawai balik lewat daripada biasa?
13. Untuk tuntutan ELM bulan Ramadan, kebanyakan pegawai memilih balik awal setengah jam daripada waktu bekerja biasa. Adakah pegawai layak menuntut ELM mulai 4.00 petang (bagi kemasukan 7.30 pagi) atau 4.30 petang?
14. Apakah jenis-jenis tugasan yang melayakkan pegawai menuntut ELM. Adakah pegawai terlibat dengan kerja-kerja diluar tugasan hakiki seperti EKSA dan sebagainya layak untuk membuat ELM?
15. Puan Arissa merupakan sorang Pembantu Tadbir (N19) disebuah jabatan X, beliau telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk menjalankan KLM pada waktu rehatnya iaitu mulai pukul 1.00 tengahari sehingga 2 tengahari. Bolehkah puan Arissa menuntut ELM bagi tugas yang telah dijalankan pada waktu tersebut?

Elaun Bertukar Wilayah

1. Apakah elaun dan kemudahan yang layak diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan bertukar wilayah?
3. Adakah pegawai yang dilahirkan di Semenanjung Malaysia dan bertugas di Semenanjung Malaysia boleh mengisytiharkan wilayah asalnya dari Sabah kerana ibunya lahir di Sabah manakala bapanya lahir di Semenanjung?
4. Adakah pegawai yang bertukar wilayah perlu dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau boleh memilih untuk dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)?
5. Bilakah tarikh pegawai layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW)?
6. Apakah yang dimaksudkan kemudahan Tambang Ehsan?
7. Apakah yang dimaksudkan dengan Elaun Gangguan?
8. Siapakah yang layak diberi kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah?
9.Apabila pegawai yang membeli rumah dalam stesen berkhidmat dengan pinjaman perumahan Kerajaan, maka pegawai tidak lagi layak dibayar bayaran imbuhan perumahan wilayah (BIPW) sebaliknya dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Dalam hal ini, bilakah tarikh permulaan pemberhentian BIPW?
10.Apakah tindakan Ketua Jabatan bagi melaksanakan pemberhentian bayaran imbuhan perumahan wilayah (BIPW)?
11. Rujukan:

Rawatan Luar Stesen

1. Siapa yang layak untuk mendapatkan rawatan di luar stesen?
2. Apakah kelayakan elaun-elaun yang boleh diberi kepada seseorang pegawai yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas?
3. Sekiranya pegawai mendapatkan rawatan luar stesen tanpa pengesahan pegawai perubatan tempatan, adakah pegawai layak untuk menuntut elaun-elaun tersebut?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘keluarga pegawai’?
5. Sekiranya pegawai mengiringi ibu atau bapa untuk mendapatkan rawatan di luar stesen pegawai bertugas (atas perakuan pegawai perubatan tempatan), adakah pegawai layak untuk menuntut elaun-elaun tersebut?
6. Jika pegawai perubatan tempatan memperakukan bahawa pegawai atau ahli keluarga pegawai yang sakit perlu diiring, apakah kelayakan elaun-elaun bagi pengiring tersebut?
7. Apakah kadar Elaun Makan bagi suami/isteri pegawai yang layak dituntut oleh pegawai?
8. Sekiranya, suami dan isteri adalah merupakan pegawai Perkhidmatan Awam, adakah tuntutan boleh dibuat oleh kedua-duanya?
9. Sekiranya pegawai dikehendaki mengiring keluarganya untuk mendapatkan rawatan di luar stesen, adakah pegawai layak memohon sebarang Cuti Tanpa Rekod untuk tujuan tersebut?

Tuntutan Pertukaran/ Perpindahan atas Permohonan Sendiri

1. Adakah pegawai yang diluluskan bertukar atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan?
2. Adakah pesara yang memilih untuk bersara awal layak menuntut bayaran perpindahan selepas bersara?
3. Rujukan:

Elaun Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat (PSP/SP)

1. Seorang Setiausaha Pejabat (SP)/ Pembantu Khas (PK) yang telah menerima Elaun Pembantu Khas (EPK) telah mengambil Cuti Bersalin. Bolehkah elaun tersebut terus dibayar dalam tempoh beliau Cuti Bersalin?
2. Seorang PSP/SP telah diarah untuk melaksanakan tugas Pembantu Khas sementara kepada seorang Ketua Jabatan X kerana Pembantu Khas yang sedia ada telah cuti bersalin. Dalam keadaan ini, bolehkah PSP/SP tersebut dibayar EPK sepanjang tempoh melaksanakan tugas sebagai Pembantu Khas sementara?
3. Seorang SP/PK Gred N19 telah ditempatkan oleh Ketua Jabatannya menjadi Pembantu Khas kepada seorang pegawai Gred Utama C. Dalam keadaan ini, berapakah kadar yang boleh dibayar kepada SP/PK tersebut?
4. Seorang SP/PK Gred N19 telah ditempatkan secara pentadbiran oleh Jabatannya menjadi Pembantu Khas kepada seorang pegawai Gred 48. Beliau telah memohon untuk dibayar EPK. Dalam keadaan ini, adakah beliau layak?
5. Seorang Ketua Jabatan telah bertukar ke jabatan lain kerana kenaikan pangkat. Setelah beberapa bulan, jawatan yang ditinggalkannya masih belum diiisi. Dalam keadaan ini, adakah SP/PK yang merupakan Pembantu Khas kepada Ketua Jabatan berkenaan masih layak menerima EPK sepanjang tempoh jawatan Ketua Jabatan tersebut tidak diisi?
7. Seorang Ketua Pengarah Gred Utama B telah bersara pada bulan Mei 2022 dan jawatannya masih tidak diisi sehingga kini. Gred jawatan hakiki Ketua Pengarah terbabit adalah Gred Utama B/C. SP/PK masih melaksanakan tugas sebagai PK di pejabat Ketua Pengarah. Apakah kadar yang layak dibayar kepada SP/PK sepanjang tempoh kekosongan jawatan Ketua Pengarah berkenaan?

Bantuan Sara Hidup

1. Adakah pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) layak dibayar BSH?
2. Adakah pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan (dalam lingkungan 25km dari pejabat) yang dibayar Bayaran Perumahan Khas layak BSH dengan kadar separuh.
3. Bagaimanakah kaedah pelaksanaan bayaran BSH kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan?(Pelaksanaan)
4. Adakah pegawai yang diluluskan cuti belajar/kursus jangka panjang di dalam negara layak menerima BSH?(Pegawai yang diluluskan Cuti Belajar/ Kursus Jangka Panjang)
6. Adakah pegawai layak menerima BSH sekiranya pegawai diperuntuk Rumah Kerajaan?(Pegawai yang diperuntuk Rumah Kerajaan)
7. Bagaimana jarak 25 km ini ditentukan?(Penentuan jarak 25 kilometer)
8. Bagaimana untuk menentukan kadar BSH bagi pegawai yang ditempatkan secara pentadbiran di sesuatu pejabat?(Pegawai yang ditempatkan secara pentadbiran)
9. Rujukan:

Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)

1. Seorang Pegawai yang menyandang jawatan sebagai Penyelenggara Stor Rendah gred N11 telah menjalankan tugas sepenuhnya dalam bidang pengurusan stor di sesebuah jabatan. Bolehkah beliau dibayar BITPS?
2. Bagaimanakah kedudukan BITPS yang diterima oleh Pegawai ini, sama ada boleh terus dibayar atau perlu dihentikan?
3. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang telah diarahkan untuk menanggung kerja dan menjalankan tugas pengurusan stor kerana penyandang yang sedia ada telah mendapat Cuti Sakit selama 3 bulan. Dalam keadaan ini bolehkah pegawai ini dibayar BITPS?
4. Seorang Pegawai telah dilantik secara sambilan sebagai PT(P/O) di sebuah Jabatan Kerajaan. Pegawai tersebut telah ditugaskan untuk menjalankan tugas pengurusan stor secara sepenuh masa. Dalam keadaan ini bolehkan BITPS dibayar kepada Pegawai ini?
5. Bilakah tarikh yang sebenar diambil kira bagi pembayaran BITPS dari RM40.00 kepada RM80.00 selepas seseorang pegawai itu lulus peperiksaan. Adakah ianya diambil kira dari tarikh peperiksaan diadakan atau mengikut tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan?
6. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk menjalankan tugas kewangan serta tugas pengurusan stor secara sepenuh masa, kerana kekurangan kakitangan. Dalam kes seperti ini bolehkah Pegawai ini dibayar BITK serta BITPS kerana kedua-dua tugas tersebut adalah merupakan tugas beliau sepenuh masa?
7. Rujukan:

Elaun Perumahan Wilayah (EPW)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai yang bertukar wilayah dan takrifan berasal?
2. Bolehkah EPW dibayar kepada Pegawai yang bertugas di Sabah sedangkan ianya telah dilahirkan di Sabah dan ibu bapanya juga adalah berasal dari Sabah?
3. Bagaimanakah kedudukan EPW pegawai yang bertugas di Semenanjung dan dilahirkan di Semenanjung sedangkan bapa pegawai berasal dari Sarawak manakala ibunya berasal dari Semenanjung?
4. Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli oleh pasangannya melalui pinjaman perumahan Kerajaan?
5. Adakah EPW dibayar mengikut tarikh pegawai lapor diri di wilayah penempatan atau memohon terlebih dahulu?
6. Adakah pegawai yang membeli rumah berhampiran dengan pejabat beliau bekerja menggunakan pinjaman swasta layak dibayar EPW?
7. Pegawai ingin menukarkan EPW kepada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Ini kerana pegawai melihat kadar ITP lebih tinggi daripada kadar EPW. Adakah pegawai layak untuk menukar elaun tersebut?
8. Rujukan:

Elaun Gangguan

Pertukaran Wilayah Atas Permohonan Sendiri

1.Pegawai memohon untuk bertukar wilayah kerana hendak mengikut suami yang bertukar wilayah.
2. Pegawai bertukar wilayah telah memohon untuk bertukar semula ke wilayah asal kerana telah bertugas lebih dari 7 tahun di kawasan pedalaman.
3. Pegawai berasal dari Labuan dan diarahkan bertukar ke Sarawak. Semasa berkhidmat di Sarawak, pegawai telah memohon untuk Cuti Belajar dan pulang semula ke wilayah asalnya untuk menyambung pelajaran.

Pegawai Bersara di Wilayah Berkhidmat

4. Pegawai berasal dari Sabah telah diarahkan bertugas di Semenanjung sehingga ke tarikh persaraannya. Apabila bersara, pegawai hendak pulang semua ke wilayah asalnya.

Pegawai Suami Isteri Yang Bertukar Ke Wilayah Yang Sama

5. Pegawai suami isteri berasal dari Sarawak dan bertukar wilayah ke Semenanjung. Isteri telah menuntut Elaun Gangguan atas kadar separuh sebagai pendahuluan. Walau bagaimanapun, isteri telah meninggal dunia di Semenanjung dan suami bertukar semula ke wilayah asal.
6. Pegawai suami isteri berasal dari Semenanjung dan bertukar wilayah ke Sabah. Suami isteri tersebut telah bercerai dan suami bertukar semula ke wilayah asal.
7. Pegawai suami isteri berasal dari Sabah dan bertukar wilayah ke Sarawak pada tahun 2010. Pada tahun 2014, isteri telah diarahkan untuk kembali semula ke wilayah asal dan suami bertukar semula ke wilayah asal pada tahun 2017.
8. Pegawai bertukar wilayah dan kemudiannya berkahwin semasa bertugas di wilayah berkhidmat dengan pegawai yang bertukar wilayah dari wilayah yang sama, dan diarahkan bertukar semula ke wilayah asal.

Pejabat Pembayar

9. Pegawai berasal dan berkhidmat di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mulai tahun 2016. Pada tahun 2019, pegawai ditukarkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan manakah yang bertanggungjawab membuat pembayaran Elaun Gangguan?

Tempoh Tuntutan Elaun Gangguan

10. Pegawai telah diarahkan bertukar semula ke wilayah asalnya pada 5 Julai 2018. Walau bagaimanapun, pegawai hanya mengemukakan tuntutan Elaun Gangguan pada 2 Februari 2019.

Bayaran Insentif Wilayah (BIW)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Siapakah pegawai yang layak diberi bayaran tersebut?
3. Adakah pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Wilayah juga layak diberi Bayaran Bantuan Sara Hidup?
4. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah akan diberhentikan, adakah pegawai layak menerima kos Bantuan sara Hidup mengikut dimana wilayah pegawai berkursus?
5. Bayaran Insentif Wilayah (BIW) biasanya dibayar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah selain daripada wilayah asal. Apakah justifikasinya bagi seorang Pensyarah yang berasal dari Sarawak dan berkhidmat dengan UNIMAS (Sarawak) mendapat BIW.
6. Adakah pegawai suami dan isteri layak menerima Elaun Perumahan Wilayah dalam situasi suami berkhidmat di Sarawak manakala isteri berkhidmat di Sabah?
7. Rujukan:

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian bagi Cuti Rehat yang Tidak Dapat Dihabiskan oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract of Service)

1. Apakah rasional pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
2. Siapakah yang layak diberi wang tunai di bawah SPP 17/2008?
3. Berapakah bilangan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
4. Apakah kadar kelayakan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak?
5. Berapakah bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
6. Bilakah wang tunai di bawah SPP 17/2008 boleh dibayar kepada pegawai?
7. Adakah pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak menikmati pemberian wang tunai di bawah SPP17/2008?
8. Bagi pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat, adakah perjanjian kontrak yang telah ditandatangani perlu dipinda/ditambah dengan peruntukan baru bagi membolehkan pegawai layak diberi pemberian wang tunai dibawah SPP 17/2008?
9. Rujukan:

Penambahbaikan Penjelasan Prinsip Pemberian Elaun

1. Apakah penambahbaikan penjelasan prinsip pemberian elaun dalam Pekeliling ini berbanding yang dinyatakan dalam Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM)?
2. Adakah keempat-empat prinsip perlu dipenuhi sebelum Kerajaan mempertimbangkan sesuatu pemberian elaun?
3. Selain daripada prinsip kesaksamaan (fairness) yang dinyatakan, apakah elemen-elemen lain yang diambil kira dalam pemanjangan pemberian sesuatu elaun?

Penetapan Kriteria dan Jenis Pemberian Elaun

1. Bilakah kriteria elaun ini digunakan dalam mempertimbangkan sesuatu pemberian elaun?
2. Mengapa kriteria dan jenis elaun sedia ada perlu diperkemaskan?

Pemansuhan Elaun

1. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya masih ada pegawai yang melaksanakan tugas secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan dibayar elaun yang telah dimansuhkan melalui Pekeliling ini?

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

1. Adakah pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) akan dilaksanakan?
2. Adakah pelaksanaan SE JPA rujukan: JPA.SARAAN(S)63/158 Jld.15 (16) bertarikh 9 Januari 2020 turut memberi kesan kepada pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini?
3. Adakah syarat umum kelayakan pembayaran elaun yang dijelaskan melalui Perenggan 14 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 turut terpakai kepada BIPK?
4. Apakah BIPK boleh dipanjangkan kepada lain-lain bidang atau kelayakan pada skim perkhidmatan yang tidak tersenarai di dalam 33 skim perkhidmatan kritikal mulai 1 Januari 2020.

Pindaan Nama Elaun

1. Mengapakah nama-nama elaun dipinda?

Penggabungan Elaun

1. Mengapakah elaun-elaun digabungkan?

Penyeragaman Syarat Umum Kelayakan

1. Mengapakah syarat umum pemberian elaun diseragamkan?
2. Terdapat kekeliruan berhubung pemberhentian pembayaran elaun berdasarkan syarat tempoh Cuti Rehat atau cuti selain Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut sama ada elaun dihentikan pembayarannya pada hari ke-28 atau ke-29?

Pemakaian Pekeliling PP Bil 10/2019

1. Adakah Pihak Berkuasa Berkanun boleh meminda/ menerima pakai sebahagian sahaja Pekeliling Perkhidmatan ini?