Cetak PDF

Elaun Pemangkuan


1. Bagaimanakah elaun pemangkuan dikira?

Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat:

  1. Perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji, elaun pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku; dan
  2. Sekiranya gaji hakiki pegawai sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, elaun pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku.

2. Adakah elaun pemangkuan perlu dikutip balik apabila seseorang pegawai dinaikkan pangkat di mana tarikh kenaikan pangkat dikebelakangkan?

Elaun pemangkuan tidak perlu dikutip balik. Walau bagaimanapun, pelarasan gaji kenaikan pangkat dan elaun pemangkuan hendaklah dibuat selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008.



Untuk Pertanyaan Lanjut
Officer
En. Mohammad Hafiz bin Mohd Shafiai
Telephone 03-88854372
Email hafiz.shafiai@jpa.gov.my