Khamis, 28 Julai 2016
 
+
 
-
 
:
  • Laman Utama

Definisi & Rujukan Kenaikan Pangkat


1. Apa yang dimaksudkan dengan kenaikan pangkat?

Peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.


2. Apakah dasar dan peraturan semasa yang boleh dirujuk berkaitan urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan awam Persekutuan?

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 [P.U.(A)151/1986]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (Pindaan) 1994 [P.U.(A)447/1994]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (Pindaan) 2005 [P.U.(A)220/2005]
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993 – Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009 – Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib


Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  pencen  1mcsrs  spa  jpm