Rabu, 25 Mei 2016
 
+
 
-
 
:
  • Laman Utama

Lembaga Kenaikan Pangkat


1. Siapakah ahli-ahli dalam suatu Lembaga Kenaikan Pangkat?

Keahlian suatu Lembaga Kenaikan Pangkat adalah seperti mana yang dinyatakan dalam ruangan Keempat Jadual, Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 1986 [P.U.(A)151/1986]


2. Bolehkah suatu Lembaga Kenaikan Pangkat dijalankan secara edaran?

Suatu Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah bermesyuarat pada suatu tarikh dan di suatu tempat dan pada suatu masa sebagaimana ditentukan oleh Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat tersebut.


3. Bolehkah suatu Lembaga Kenaikan Pangkat bersidang walaupun terdapat ahlinya yang tidak hadir?

Boleh, asalkan kuorum dipenuhi. Kuorom bagi sesuatu Lembaga Kenaikan Pangkat adalah tiga orang termasuk Pengerusi.


4. Siapakah yang boleh melantik Panel Temu Duga untuk kenaikan pangkat?

Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  pencen  1mcsrs