Cetak PDF

Kaedah Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat


1. Apakah prinsip yang digunakan dalam menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat?

Prinsip yang digunapakai adalah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 42, P.U.(A) 176, “gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu”. Gaji yang ditetapkan adalah tidak kurang daripada 1 pergerakan gaji atas gred terdahulu.


2. Pekeliling manakah yang dirujuk untuk menetapkan gaji kenaikan pangkat?

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.


3. Bolehkan gaji permulaan kenaikan pangkat ditetapkan pada peringkat 2 (P2)?

Boleh, sekiranya gaji akhir di gred terdahulu lebih tinggi daripada gaji maksimum di peringkat 1 (P1). Gaji permulaan kenaikan pangkat hendaklah ditetapkan di Peringkat 2 (P2) berdasarkan prinsip kepada matagaji tertinggi berhampiran tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu.


4. Jika gaji maksimum di P2 gred kenaikan pangkat masih rendah daripada gaji yang sepatutnya diterima oleh pegawai yang dinaikkan pangkat, apakah yang perlu dilakukan?

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diwujudkan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP).


5. Adakah pegawai yang dinaikkan pangkat lebih awal daripada tarikh pergerakan gaji gred terdahulu akan mengalami kerugian dari segi pergerakan gaji berbanding dengan pegawai yang dinaikkan pangkat sama atau selepas tarikh pergerakan gaji di gred terdahulu?

Pegawai yang dinaikkan pangkat lebih awal daripada tarikh pergerakan gaji gred terdahulu tidak akan mengalami kerugian kerana gaji pegawai akan didahulukan pergerakan gaji di gred terdahulu pada tarikh kenaikan pangkat sebelum gaji kenaikan pangkat ditetapkan.


6. Bilakah tarikh kuat kuasa pekeliling ini?

Tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah mulai 1 November 2002, iaitu tarikh kuat kuasa pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia.


7. Bagaimanakah sepanjang tempoh pekeliling ini berkuat kuasa, terdapat kesalahan pada pengiraan gaji pegawai?

Jika selepas membuat pelarasan, sekiranya agensi terlebih bayar kepada pegawai, agensi hendaklah mengutip semula jumlah yang terlebih bayar. Sekiranya agensi membayar kurang dari sepatutnya, pegawai hendaklah dibayar mengikut jumlah yang sepatutnya didapati.



Untuk Pertanyaan Lanjut
Officer
En. Mohammad Hafiz bin Mohd Shafiai
Telephone 03-88854372
Email hafiz.shafiai@jpa.gov.my