|
08 April 2010
Posted in
Corporat Article Type
Sepanjang 75 tahun menyumbangkan bakti kepada nusa dan bangsa, seramai 19 tokoh telah menerajui tampuk kepimpinan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelbagai gelaran jawatan telah diguna pakai sejak 1934, dikenali pada asalnya sebagai Malayan Establishment Officer (1934), Federation Establishment Officer (1 Julai 1954), Federal Establishment Officer (1959) Principal Establishment Officer (1 Julai 1967), Malayan Establishment Director (1968), Malaysian Establishment Director (1968) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (15 Ogos 1968 - kini).





