Pembayaran Melalui CIMB Pembayaran Melalui Maybank2U Pembayaran Melalui Hong Leong Bank Pembayaran Melalui Bank Islam Pembayaran Melalui RHB Bank Pembayaran Melalui Bank Rakyat Pembayaran Melalui Affin Bank Pembayaran Melalui Pos Malaysia  
"Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu" (Riwayat Al-Bukhari)

 

    • Kriteria Bayaran Balik Pinjaman

      Semua pelajar tajaan JPA yang menerima tajaan dalam bentuk pinjaman adalah dikehendaki membayar balik pinjaman mereka kepada kerajaan. Wang bayaran balik ini akan digunakan semula untuk menaja pelajar-pelajar yang baru. Pelajar di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) yang menerima Pinjaman Boleh Ubah boleh memohon untuk mendapatkan diskaun sebanyak 75% dari jumlah sebenar pinjaman yang diluluskan sekiranya memenuhi isyarat seperti berikut:-
      • Mendapat keputusan peperiksaan dengan baik sekurang-kurangnya ditahap Kelas Kedua Rendah atau CGPA 2.75 DAN
      • Menamatkan pengajian dengan jayanya dalam tempoh tajaan asal tanpa sebarang perlanjutan.
      Manakala bagi pelajar yang menerima pinjaman biasa dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan/diterima. Bagi pelajar-pelajar yang ditaja di peringkat Integrasi/Diploma, mereka dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima tanpa sebarang pengurangan. Semua pelajar diminta mengambil perhatian bahawa tiada sebarang peruntukan yang membolehkan status Pinjaman diubah kepada Biasiswa walaupun pelajar berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Bagi pelajar-pelajar yang ditaja melalui Pinjaman Boleh Ubah, yang tidak mencapai keputusan seperti yang dinyatakan di para 2 di atas atau gagal menamatkan pengajian atau ditamatkan penajaan sebelum menamatkan pengajian diperlukan membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima/diluluskan tanpa sebarang pengurangan. Tempoh dan kadar ansuran bulanan akan ditentukan oleh JPA. Kelonggaran boleh diberi :-
      • Untuk dikurangkan kadar bayaran ansuran pada kadar yang munasabah yang dipersetujui oleh JPA.
      • Untuk ditangguhkan bayaran bagi sesuatu tempoh tertentu jika mempunyai alasan yang munasabah dengan disertakan bukti kukuh dan dipersetujui oleh JPA.



    • Tindakan Yang Perlu Diambil Peminjam

      Peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman selepas 6 bulan menamatkan pengajian atau mendapat pekerjaan tetap mengikut mana yang terdahulu. Notis tuntutan akan dikemukakan kepada peminjam bagi maksud ini. Peminjam dinasihatkan menghubungi JPA dengan segera sekiranya tidak menerima notis bayaran balik selepas tempoh 6 bulan tamat pengajian. Peminjam di bawah Pinjaman Boleh Ubah khususnya di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian), diminta mengemukakan salinan keputusan peperiksaan/transkrip yang rasmi berserta salinan Ijazah yang disahkan dengan kadar segera bagi tujuan pertimbangan pengurangan bayaran balik pinjaman. Sekiranya gagal mengemukakan perkara ini, tuntutan bayaran balik 100% akan dilaksanakan. Peminjam bertanggungjawab memaklumkan kepada JPA jika terdapat sebarang perubahan alamat termasuk alamat penjamin-penjaminnya berserta dengan nombor telefon (rumah dan pejabat) serta e-mail (jika ada) untuk memudahkan perhubungan apabila diperlukan. Bagi tujuan memudahkan Jabatan ini memantau berhubung cara bayaran balik yang akan dibuat, peminjam dikehendaki mengisi borang JPA(L)PP1 - Pindaan 1/98 (akan dihantar oleh JPA bersama-sama notis tuntutan) dan mengembalikannya dengan segera. (Sila klik di sini untuk mendapatkan borang JPA(L) PP1 - Pindaan 1/98)



    • Kaedah Pembayaran Pinjaman JPA

      1. Bayaran Melalui Online
        1. Bayaran secara online melalui laman web maybank iaitu: http://www.maybank2u.com.my.
        2. Bayaran debit terus (direct debit) secara online daripada akaun simpanan atau akaun semasa juga boleh dibuat oleh pelanggan-pelanggan Hong Leong Bank, Bank Islam, RHB Bank, CIMB Bank, Bank Rakyat, Eon Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank seperti yang disenaraikan oleh PMB melalui portal Portal PosOnline di http://www.posonline.com.my
      2. Arahan kepada bank (Standing Instruction). Peminjam perlu memaklumkan kepada bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Ketua Pengarah Perkidmatan Awam Malaysia
      3. Bank Draf/Kiriman Wang/Cek. Bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila catatkan nama dan nombor rujukan JPA iaitu no. Kad Pengenalan (baru dan lama) di belakang Bank Draf/Kiriman/Wang Cek tersebut.
      4. Potongan gaji. JPA akan mengeluarkan surat arahan potongan gaji kepada majikan peminjam. Peminjam perlu mengisi borang JPA(L) PP1 – pin.1/98 yang boleh didapati dari Laman Web JPA dan menghantar borang tersebut ke JPA di Unit yang berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi pegawai yang telah disenaraikan di dalam senarai Pegawai Yang Boleh Dihubungi.
      5. Bayaran Di Kaunter Pejabat Pos. Bayaran secara tunai boleh dibuat di semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara dengan menggunakan bil tuntutan bulanan. Bil tuntutan bulanan akan dikeluarkan pada setiap bulan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran secara tetap dan teratur dan caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM 2.00 bagi setiap urusniaga. Setiap peminjam yang menerima notis tuntutan, akan menerima bil tuntutan dalam tempoh 2 bulan dari Tarikh Mula Bayar.
      6. Tunai Bayaran secara tunai boleh dibuat di:-
        • Kaunter Bayaran Balik Pinjaman dan Gantirugi, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 4, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. No. Telefon 03-88853447; dan
        • Kaunter Bayaran Balik Pinjaman Dan Gantirugi, Suite 5.4, Level 5, Maju Junction Mall,1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. No Telefon: 03-26917590/03-26934120.

 




    • ALAMAT UNIT PENGURUSAN BAYARAN BALIK

      KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN UNIT PENGURUSAN BAYARAN BALIK ARAS 4, BLOK C1, KOMPLEKS C PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62510, PUTRAJAYA.

 

    • Semakan Baki Akaun

      Para peminjam boleh menyemak baki pinjaman mereka melalui Laman Web Interaktif JPA. Hanya peminjam yang telah menerima notis tuntutan sahaja yang boleh menyemak penyata akaun. Laman Web Interaktif JPA boleh dilawati pada alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/ . Key-in no rujukan JPA iaitu no.kad pengenalan lama atau baru (rujuk kepada perjanjian yang ditandatangani) dan klik "CARI".

 

  • Peringatan Penting

    Apabila berurusan dengan JPA sila pastikan disebut nombor rujukan JPA(L) diikuti dengan no kad pengenalan seperti yang tercatat dalam perjanjian yang ditandatangani dan pusat pengajian yang dihadiri. Nombor rujukan peminjam adalah nombor kad pengenalan (lama dan baru).