• Pendahuluan

    Fungsi utama unit ini adalah memastikan pelajar-pelajar tajaan JPA di dalam dan luar negara melapor diri setelah menamatkan pengajian. Tujuannya adalah memastikan mereka berkhidmat dengan Kerajaan dan agensi yang dipersetujui Kerajaan seperti mana yang termaktub dalam syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan.

  • Keperluan Melapor Diri

    Salah satu daripada syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan ialah lapor diri setelah tamat pengajian.

    • Pelajar yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri dengan seberapa segera yang boleh kepada kerajaan selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak;
    • yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam Malaysia hendaklah melaporkan diri kepada pihak Kerajaan seberapa segera yang boleh setelah menamatkan Pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak
  • Dokumen

    Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan melapor diri adalah seperti berikut:

    1. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian [JPA(L)PTP-Pin. 1/07]
    2. Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat
    3. Salinan transkrip peperiksaan
    4. Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

    Pelajar-pelajar adalah dinasihatkan untuk melapor diri di Jabatan ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat tajaan/ pengajian, mana-mana yang terdahulu.

  • Maklumat Lanjut

    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Unit Pasca Pengajian
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya.
    Tel: 03-8885 3059/ 3375/ 3376/ 3379/ 3382/ 3398/ 3669
    Faks: 03-8881 0744