Cetak PDF

Penajaan Biasiswa Bagi Ijazah Sarjana & Profesional

Pendahuluan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan kemudahan biasiswa kepada bekas pelajar-pelajar tajaan JPA / Majlis Raja-Raja yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria permohonan yang telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/Profesional di dalam dan luar negara. Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan adalah seperti berikut:



  • Syarat-Syarat dan Kriteria Permohonan

    Syarat Umum:-

    • Pelajar telah ditaja oleh JPA/ Majlis Raja-Raja di dalam Skim Biasiswa semasa mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Pertama
    • Pelajar perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh setahun sebaik sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Pertama di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Profesional.
    • Pelajar perlu memperoleh keputusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kelas Pertama dan penetapan Kelas Pertama hanya diterima berdasarkan catatan di dalam Skrol Ijazah atau dokumen lain yang membuktikan Kelas Pertama tersebut.
    • Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian di peringkat ijazah pertamanya.
    • Bagi pelajar tajaan di Jepun, Pelajar hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 85% gred A dan B dengan peratus gred A sebanyak 50% daripada keseluruhan subjek / matapelajaran yang diambil dan lulus semasa pengajian peringkat ijazah pertama.

Syarat Khusus:-

  • Bidang Sains dan Teknologi (selain dari bidang perubatan, pergigian, farmasi)
    • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian Di Dalam Negara
        • Pelajar perlu memperoleh Kelas Pertama (tercatat pada Skrol Ijazah atau dokumen lain yang membuktikan Kelas Pertama tersebut).
    • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di Luar Negara
        • Pelajar perlu memperoleh Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
  • Bidang Sains Sosial
      • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di Dalam dan Luar Negara
        • Pelajar perlu memperoleh Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
  • Bidang Profesional (Bidang Pengajian di Dalam dan Luar Negara ACCA/CIMA/CLP/RIBA)
    • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di Dalam Negara
        • Pelajar perlu memperoleh Kelas Pertama (tercatat pada Skrol Ijazah atau dokumen lain yang membuktikan Kelas Pertama tersebut) atau setaraf dengannya pada peringkat Ijazah Pertama.
    • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di Luar Negara
      • Pelajar perlu memperoleh Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas atau setaraf dengannya pada peringkat Ijazah Pertama.


  • UNIVERSITI

    Bagi pengajian di dalam negara, penajaan akan dipertimbangkan kepada calon yang mendapat tempat di institusi pengajian seperti yang disenaraikan di Lampiran B1 dan bidang pengajiannya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bagi pengajian di luar negara pula, penajaan akan diberikan kepada pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan serta berjaya mendapatkan tempat dalam kelompok 50 universiti terbaik mengikut bidang pengajian berdasarkan Times Higher Education (THE) yang terkini dan diiktiraf oleh Kerajaan seperti di Lampiran B2.

    Syarat-Syarat Lain

    • Senarai universiti yang dilampirkan di Lampiran B1 dan Lampiran B2 adalah masih tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Bagi bidang yang tidak dinyatakan iaitu bidang profesional seperti perubatan, farmasi, pergigian, veterinar, kejuruteraan, arkitek, undang-undang, perakaunan, optik dan sebagainya, bidang tersebut mestilah diiktiraf oleh badan-badan profesional yang mengiktiraf bidang di universiti tersebut dan pada masa yang sama, ia juga mestilah berada di dalam kelompok 50 universiti terbaik dalam senarai THE.
    • Setiap pemohon perlulah merujuk kepada Jabatan ini terlebih dahulu bagi memastikan bidang dan tempat pengajian yang dipohon telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia.
    • Syarat-syarat lain tertakluk kepada dasar sedia ada yang berkuatkuasa termasuk syarat-syarat tawaran penajaan.


Borang Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web JPA.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau Ketua Kampung / Penghulu. Bagi pelajar yang telah berada di luar negara pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Pegawai Penasihat Latihan / Jabatan Penuntut Malaysia yang juga dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

  • Dokumen-dokumen yang telah disahkan perlu disertakan bersama borang permohonan seperti berikut:

i) Salinan kad pengenalan;
ii) Semua salinan transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah;
iii) Plan of study;
iv) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/ institusi untuk pengajian peringkat Sarjana (Unconditional Offer);
v) Dokumen lain bagi pembuktian keputusan Kelas Pertama (sekiranya tiada catatan di atas Skrol Ijazah - bagi yang berkenaan)



Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

*Sila catatkan Borang Sarjana/Ph.D di bahagian atas sebelah kiri sampul surat



  • Tarikh Tutup Permohonan

    Tarikh tutup permohonan adalah mengikut ketegori permohonan seperti di bawah:-

    • Program Sarjana / Profesional di luar negara ialah pada 31 Januari, 30 April, 31 Julai dan 31 Oktober setiap tahun.
    • Program Sarjana / Profesional di dalam negara ialah pada 30 Jun dan 30 November setiap tahun.
    • Bagi permohonan di negara Jepun, tarikh tutup ialah sekali sahaja iaitu pada 30 Disember setiap tahun.


    Dokumen Sokongan

    Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-

    • Kad Pengenalan
    • Surat tawaran kemasukan ke universiti (sarjana).
    • Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tulis ke alamat berikut:-

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

Email :Penajaan Luar Negara - Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Email: Penajaan Dalam Negara: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya