BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA BAGI SESI 2010/2011
1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (kecuali UPSI) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
|
PROGRAM |
INSTITUSI |
|
Ijazah/Diploma |
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) |
|
Ijazah |
Universiti Multimedia (MMU) |
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat-syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Jan 2010; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semester November/ Disember Sesi 2009/ 2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011) dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas.
(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
- Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011
|
BIL |
KELAYAKAN |
SYARAT MINIMUM AKADEMIK |
PERINGKAT |
|
1. |
SPM 2009 |
Gred A- dalam 7 subjek (Gred B dalam Bahasa Malaysia) |
Diploma |
|
2. |
STPM 2009 |
Prinsipal B+ dalam 4 subjek |
Ijazah Pertama |
|
3. |
STPM 2008 |
Prinsipal B dalam 4 subjek |
Ijazah Pertama |
|
4. |
STAM (di samping mempunyai SPM) |
4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan |
Ijazah Pertama |
|
5. |
Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia / UIA/ Program Asasi IPTA |
CGPA 3.40 |
Ijazah Pertama |
|
6. |
Pra-Universiti / Foundation / Alpha / Diploma |
CGPA 3.50 |
Ijazah Pertama |
- Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
|
BIL. |
KELAYAKAN |
PENCAPAIAN (MINIMUM) |
|
1. |
Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) |
CGPA 3.50 |
4. BIDANG TAJAAN
|
BIL. |
BIDANG |
KURSUS |
|
1 |
Kritikal |
Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar |
|
2 |
Keutamaan |
Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi. |
|
3 |
Profesional |
Sastera Ikhtisas – Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan. |
|
4 |
Lain-lain |
Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi. |
5. KURSUS PERUBATAN/PERGIGIAN/FARMASI/SAINS PERUBATAN
VETERINAR
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar di peringkat Ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus di perenggan 3(b) di atas.
6. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu jabatan/agensi.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
- Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.
7. KADAR BIASISWA
|
JENIS ELAUN |
ELAUN SARA HIDUP RM |
ELAUN BUKU RM |
ELAUN ALAT PERKAKAS(SETAHUN) |
ELAUN TESIS (SEKALI SAHAJA) |
ELAUN KERTAS PROJEK |
ELAUN LATIHAN AMALI (SEHARI) |
YURAN PENGAJIAN (SETAHUN) |
|
|
|
Kadar A* |
Kadar B** |
|
|
|
|
|
|
|
Diploma |
|
|
|
|
|
|
|
IPTA - 966 UITM - 400 |
|
(a) Sastera |
7,560 |
6,426 |
400 |
50 |
- |
150 |
- |
|
|
(b) Sains |
7,560 |
6,426 |
400 |
100 |
- |
150 |
- |
|
|
(c) Teknologi |
7,560 |
6,426 |
400 |
150 |
- |
150 |
- |
|
|
(d) Senibina |
7,560 |
6,426 |
400 |
250 |
- |
150 |
- |
|
|
(e) Perubatan |
7,560 |
6,426 |
400 |
250 |
- |
150 |
- |
|
|
Ijazah Pertama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(a) Sastera |
8,400 |
7,140 |
600 |
100 |
300 |
150 |
10 |
1,100.00 |
|
(b) Sains |
8,400 |
7,140 |
600 |
200 |
300 |
150 |
10 |
1,320.00 |
|
(c) Teknologi |
8,400 |
7,140 |
600 |
300 |
300 |
150 |
10 |
1,400.00 |
|
(d) Senibina |
8,400 |
7,140 |
600 |
500 |
300 |
150 |
10 |
1,400.00 |
|
(e) Perubatan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(i) Veterinar |
8,400 |
7,140 |
1,000 |
500 |
300 |
150 |
10 |
1,700.00 |
|
(ii) Perubatan, |
9,240 |
7,854 |
1,000 |
500 |
300 |
150 |
10 |
1,800.00 |
Tambang Kapal Terbang (2 Hala) Peringkat Diploma/Ijazah Setahun:
|
Kadar yuran pengajian peringkat Ijazah adalah untuk semua IPTA kecuali UiTM. Kadar yuran pengajian bagi UiTM peringkat Ijazah adalah sama seperti peringkat Diploma, iaitu sebanyak RM400.00, manakala yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.
8. TEMPOH KONTRAK
Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya enggan, tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan amaun tuntutan ganti rugi adalah seperti di bawah:
|
PERINGKAT/TEMPOH PENGAJIAN |
TEMPOH BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN |
AMAUN GANTI RUGI (RM) |
||
|
Kursus Bukan Profesional |
Kursus Profesional* |
IPTA |
IPTS |
|
|
Peringkat Diploma: 3 tahun atau kurang Lebih dari 3 tahun |
3 4 |
5 6 |
70,000 100,000 |
Kos
Sebenar |
|
Peringkat Ijazah: 4 tahun atau kurang Lebih dari 4 tahun Kursus Perubatan dan Pergigian |
4 5 - |
6 7 10 |
110,000 130,000 250,000 |
Kos
Sebenar |
*Catatan: Kursus Profesional meliputi kursus-kursus seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Seni Bina, Perakaunan, Kejururawatan, Undang-Undang, Penilaian Harta, Ukur Bahan dan Ukur Tanah.
9. CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
(i) Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my;
(ii) Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
(iii) Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
(iv) Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”;
(v) Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
(vi) Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat); dan
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya .
10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
11. KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui portal JPA http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my 30 hari selepas tarikh tutup permohonan.






