BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA BAGI SESI 2010/2011


1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (kecuali UPSI) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

PROGRAM

INSTITUSI

Ijazah/Diploma
(IPTA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Ijazah
(IPTS)

Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

 

 3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat-syarat Asas

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Jan 2010; dan
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semester November/ Disember Sesi 2009/ 2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011) dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas.

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011

BIL

KELAYAKAN

SYARAT MINIMUM AKADEMIK

PERINGKAT

1.

SPM 2009

Gred A- dalam 7 subjek (Gred B dalam Bahasa Malaysia)

Diploma

2.

STPM 2009

Prinsipal B+ dalam 4 subjek

Ijazah Pertama

3.

STPM 2008

Prinsipal B dalam 4 subjek

Ijazah Pertama

4.

STAM (di samping mempunyai SPM)

4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan

Ijazah Pertama

5.

Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia / UIA/ Program Asasi IPTA

CGPA 3.40

Ijazah Pertama

6.

Pra-Universiti / Foundation / Alpha / Diploma

CGPA 3.50

Ijazah Pertama

 

  • Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas

BIL.

KELAYAKAN

PENCAPAIAN (MINIMUM)

1.

Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar)

CGPA 3.50

 

4. BIDANG TAJAAN

BIL.

BIDANG

KURSUS

1

Kritikal

Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar

2

Keutamaan

Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi.

3

Profesional

Sastera Ikhtisas – Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.

4

Lain-lain

Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

 

5. KURSUS PERUBATAN/PERGIGIAN/FARMASI/SAINS PERUBATAN
VETERINAR

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar di peringkat Ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus di perenggan 3(b) di atas.

 

6. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.

  • Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.

  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu jabatan/agensi.

  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas.

  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.

  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.

  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.

  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

 

7. KADAR BIASISWA

JENIS ELAUN

ELAUN SARA HIDUP
(SETAHUN)

RM

ELAUN BUKU
(SETAHUN)

RM

ELAUN ALAT PERKAKAS(SETAHUN)
RM

ELAUN TESIS (SEKALI SAHAJA)
RM

ELAUN KERTAS PROJEK
(SETAHUN)
RM

ELAUN LATIHAN AMALI (SEHARI)
RM

YURAN PENGAJIAN (SETAHUN)
RM

 

Kadar A*

Kadar B**

 

 

 

 

 

 

Diploma

 

 

 

 

 

 

 

IPTA - 966

UITM - 400

(a) Sastera

7,560

6,426

400

50

-

150

-

(b) Sains

7,560

6,426

400

100

-

150

-

(c) Teknologi

7,560

6,426

400

150

-

150

-

(d) Senibina

7,560

6,426

400

250

-

150

-

(e) Perubatan
Bersekutu

7,560

6,426

400

250

-

150

-

Ijazah Pertama

 

 

 

 

 

 

 

 

(a) Sastera

8,400

7,140

600

100

300

150

10

1,100.00

(b) Sains

8,400

7,140

600

200

300

150

10

1,320.00

(c) Teknologi

8,400

7,140

600

300

300

150

10

1,400.00

(d) Senibina

8,400

7,140

600

500

300

150

10

1,400.00

(e) Perubatan

 

 

 

 

 

 

 

 

(i) Veterinar

8,400

7,140

1,000

500

300

150

10

1,700.00

(ii) Perubatan,
Farmasi, Pergigian

9,240

7,854

1,000

500

300

150

10

1,800.00

 

 

Tambang Kapal Terbang (2 Hala) Peringkat Diploma/Ijazah Setahun:

  • Pelajar Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya - RM700.00
  • Pelajar Semenanjung ke Sabah dan sebaliknya - RM1,000.00
  • Pelajar Labuan ke Sarawak dan sebaliknya ­- RM400.00
  • Pelajar Labuan ke Sabah dan sebaliknya - RM100.00
  • Pelajar Sarawak ke Sabah dan sebaliknya - RM500.00

Kadar yuran pengajian peringkat Ijazah adalah untuk semua IPTA kecuali UiTM. Kadar yuran pengajian bagi UiTM peringkat Ijazah adalah sama seperti peringkat Diploma, iaitu sebanyak RM400.00, manakala yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

 

8. TEMPOH KONTRAK

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya enggan, tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan amaun tuntutan ganti rugi adalah seperti di bawah:

PERINGKAT/TEMPOH PENGAJIAN

TEMPOH BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

AMAUN GANTI RUGI (RM)

Kursus Bukan Profesional

Kursus Profesional*

IPTA

IPTS

 

Peringkat Diploma:

3 tahun atau kurang

Lebih dari 3 tahun

 

 

3

4

 

 

5

6

 

 

70,000

100,000

 



Kos
Sebenar

 

Peringkat Ijazah:

4 tahun atau kurang

Lebih dari 4 tahun

Kursus Perubatan dan Pergigian

 

 

4

5

-

 

 

6

7

10

 

 

110,000

130,000

250,000

 




Kos
Sebenar

*Catatan: Kursus Profesional meliputi kursus-kursus seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Seni Bina, Perakaunan, Kejururawatan, Undang-Undang, Penilaian Harta, Ukur Bahan dan Ukur Tanah.


9. CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

(i) Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my;

(ii) Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;

(iii) Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;

(iv) Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”;

(v) Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat; 

(vi) Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat); dan

  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya .

 

10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

11. KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui portal JPA http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my 30 hari selepas tarikh tutup permohonan.