27 April 2010
Posted in
Student Information
Kursus Jangka Panjang
Pengajian Peringkat Kedoktoran, Sarjana
- Khusus untuk pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Berkanun di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Angkatan Tentera Malaysia yang ditaja oleh Kementerian masing-masing.
- Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa dan cuti belajar di mana pegawai akan dikenakan ikatan kontrak.
- Pemilihan adalah dibuat oleh “Search Committee” di Kementerian masing-masing kecuali bagi pegawai gunasama seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Pegawai Sistem Maklumat di mana pemilihan adalah dibuat oleh Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Kursus diadakan samada di dalam atau luar negeri dalam berbagai bidang mengikut keperluan perkhidmatan.
Kursus Kepakaran Untuk Pegawai Perkhidmatan Perubatan
- Khusus untuk pegawai Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Kementerian Kesihatan.
- Kursus diadakan samada di dalam atau luar negara dalam berbagai bidang mengikut keperluan yang ditetapkan oleh Kemenreian Kesihatan Malaysia.
- Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa dan cuti belajar di mana pegawai akan dikenakan ikatan kontrak.
Kursus Untuk Pegawai Para-Mediks
- Khusus untuk pegawai separa perubatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan seperti Jururawat, Jururawat Pergigian, Pembantu Farmasi dan Juruteknologi Makmal.
- Tajaan adalah dalam bentuk biasiswa dan cuti belajar di mana pegawai akan dikenakan ikatan kontrak.
-
Kursus Jangka Pendek
Program Pengurusan Tinggi
- Program khas untuk pegawai kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Pegawai Kanan.
- Tempat latihan seperti di:-
- Harvard Business School, Harvard University, USA
- Stanford University, USA
- Templeton College, Oxford University UK.
Program Sangkutan
- Program sangkutan untuk pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional peringkat pertengahan.
- Program ini akan diadalan di INTAN dan di syarikat antarabangsa di Malaysia yang mengambil bahagian.
- Dalam program-program tertentu, peserta juga akan dihantar ke luar negara iaitu di Syarikat Induk yang mengambil bahagian.
Latihan Tenaga Pengajar Teknikal & Vokasional
- Program khas untuk meningkat kemahiran tenaga pengajar teknikal dan vokasional.
- Program dijalankan samada di dalam atau luar negara.
- Pemilihan peserta adalah dibuat oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
-
Maklumat Lanjut (rujuk lampiran)
Iklan mengenai kursus yang ditawarkan akan diedarkan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.
Iklan juga akan disiarkan di laman Portal ini dicapaian ” Kursus & Penajaan ”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program penajaan , sila tulis ke alamat berikut :-
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 4, 5 & 6,
Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya.
(up:Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)e-Mail: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya






