Kursus Jangka Panjang

Pengajian Peringkat Kedoktoran, Sarjana

  • Khusus untuk pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Berkanun di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Angkatan Tentera Malaysia yang ditaja oleh Kementerian masing-masing.
  • Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa dan cuti belajar di mana pegawai akan dikenakan ikatan kontrak.
  • Pemilihan adalah dibuat oleh “Search Committee” di Kementerian masing-masing kecuali bagi pegawai gunasama seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Pegawai Sistem Maklumat di mana pemilihan adalah dibuat oleh Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Kursus diadakan samada di dalam atau luar negeri dalam berbagai bidang mengikut keperluan perkhidmatan.

Kursus Kepakaran Untuk Pegawai Perkhidmatan Perubatan

  • Khusus untuk pegawai Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Kementerian Kesihatan.
  • Kursus diadakan samada di dalam atau luar negara dalam berbagai bidang mengikut keperluan yang ditetapkan oleh Kemenreian Kesihatan Malaysia.
  • Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa dan cuti belajar di mana pegawai akan dikenakan ikatan kontrak.

Kursus Untuk Pegawai Para-Mediks

  • Khusus untuk pegawai separa perubatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan seperti Jururawat, Jururawat Pergigian, Pembantu Farmasi dan Juruteknologi Makmal.
  • Tajaan adalah dalam bentuk biasiswa dan cuti belajar di mana pegawai akan dikenakan ikatan kontrak.
  • Kursus Jangka Pendek

    Program Pengurusan Tinggi

    • Program khas untuk pegawai kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Pegawai Kanan.
    • Tempat latihan seperti di:-
      • Harvard Business School, Harvard University, USA
      • Stanford University, USA
      • Templeton College, Oxford University UK.

    Program Sangkutan

    • Program sangkutan untuk pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional peringkat pertengahan.
    • Program ini akan diadalan di INTAN dan di syarikat antarabangsa di Malaysia yang mengambil bahagian.
    • Dalam program-program tertentu, peserta juga akan dihantar ke luar negara iaitu di Syarikat Induk yang mengambil bahagian.

    Latihan Tenaga Pengajar Teknikal & Vokasional

    • Program khas untuk meningkat kemahiran tenaga pengajar teknikal dan vokasional.
    • Program dijalankan samada di dalam atau luar negara.
    • Pemilihan peserta adalah dibuat oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
  • Maklumat Lanjut (rujuk lampiran)

    Iklan mengenai kursus yang ditawarkan akan diedarkan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.

    Iklan juga akan disiarkan di laman Portal ini dicapaian ” Kursus & Penajaan

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program penajaan , sila tulis ke alamat berikut :-

    Jabatan Perkhidmatan Awam,
    Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 4, 5 & 6,
    Blok C1, Parcel C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya.
    (up:Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)

    e-Mail: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya